PENAN MURUM- Dalam beberapa siri terbitan dalam blog ini sebelum ini, AK2u telah menyatakan pelbagai isu dan cadangan yang berkaitan dengan isu-isu PENAN di Belaga khasnya. Namun cadangan-cadangan ini hanya tinggal cadangan tanpa sebarang perubahan dan tindakan.
Hari ini- Isu Penan Murum meletus kembali apabila Projek Mega Empangan Murum seakan lumpuh setelah dek Blockade besar-besaran dari 26 September 2012 sehingga hari ini masih lagi dibuat oleh penduduk Penan.
Penan Protest- Photo SR. |
Sekiranya blockade ini berterusan pasti akan memberi kesan langsung kepada kelancaran pembinaan projek serta mengganggu kerja-kerja kontrantor yang membina projek tersebut.
Namun kerajaan dan kontraktor sepatutnya sudah tahu kenapa Penan Murum mengambil langkah untuk melakukan blockade terhadap projek ini? Langkah dan perhatian segera harus diambil sekiranya mereka tidak mahu terus mengalami kerugian.
Maklumat awal...Salah satu daripada sebab Penan Murum membantah adalah kerana tidak berpuashati dengan pemberian pampasan ke atas tanah mereka!? Sudah pasti ini adalah satu daripada isunya.
AK2u ingin mendedahkan kembali isu-isu yang telah disuarakan oleh penduduk Penan Murum semasa sesi dialog dengan Konsultan Projek (Chemsain) pada 7 Oktober 2009. Isu-isu ini sepatutnya diambil perhatian dan dijelas sejelaskan kepada Masyarakat Penan Murum oleh pihak berwajip.
m/s 1-Isu Penan |
m/s 2. -Isu Penan |
Terdapat 14 Isu atau permintaan yang telah dikemukakan oleh Penduduk Penan Murum melalui wakil mereka Encik Saran Ju (Pengerusi Jawatankuasa Penan).
AK2u tidak pasti samada pihak berwajip mengambil tindakan berdasarkan 14 isu di atas ataupun tidak. Apa yang diperhatikan adalah pembinaan Projek Empangan Murum sangat lancar sehingga sudah 70% siap pada hari ini!!
Oleh yang demikian, pihak berwajip seharusnya merujuk kembali kepada permohonan Masyarakat Penan serta saranan oleh Ketua-ketua masyarakat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Perlimen sebelum ini.
Janganlah apabila menghadapi masalah seperti hari ini barulah nak bertindak!!!! dan memohon YB tolong!!!
Ingatlah!!! Masyarakat PENAN MURUM bukan nak menghalang kemajuan tetapi....Mereka nak kan Menfaat dan hak yang setimpal dengan pengorbanan mereka demi membenarkan PROJEK EMPANGAN MURUM!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda