Ke Asapkoyan2u

21 Mac 2013

PKR SARAWAK KETANDUSAN PILIHAN PEMIMPIN ATAU KEMARUK KUASA???

Kebuluran
 PKR NEGERI SARAWAK TELAH MENGUMUMKAN SECARA RASMINYA UNTUK BERTANDING DI 5 KAWASAN PARLIMEN PADA PRU13 INI.

BOS PKR NEGERI BARU BIAN BERKATA pengumuman ini telah dibuat secara rasminya oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato Sri Anwar Ibrahim dalam satu wancara media di Kuala Lumpur.

5 Kawasan tersebut adalah Limbang, Baram, Hulu Rejang, Seratok dan Batang Lupar. 

Keputusan untuk bertanding di 5 kawasan parlimen ini menunjukkan bahawa PKR tidak berani untuk bertanding dikawasan-kawasan lain kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat Sarawak.

Sementara itu, Ketua PKR Negeri Baru Bian sendiri diumumkan akan bertanding di Parlimen Limbang P2221. Sudah nampak dan jelas bahawa PKR tidak mempunyai ramai pilihan pemimpin lain.

Cakap Besar dan janji PKR selama ini kepada Orang Ulu khasnya untuk melihat Baru Bian menjadi Ketua Menteri Sarawak Selepas Taib Mahmud seperti jauh panggang dari api.

Diatas kertas sahaja PKR bertanding hanya di 5 kawasan sudah nyata kalah sebelum PRU13 menjelang. Percaturan Pakatan ini lebih memebri ruang kepada Parti DAP Komunis untuk berkuasa di Sarawak sekiranya mimpi pakatan nyata.

Namun sudah pasti DAP tidak akan diterima oleh semua masyarakat Sarawak Khasnya bumiputera.

Satu Perkara yang amat jelas tersurat dan tersirat dalam perjuangan Pakatan Rakyat adalah ingin menghapuskan Parti Politik Tempatan Sarawak. 

Mereka tidak sedar bahawa ini juga telah terpampang diantara HAK ISTIMEWA Orang SARAWAK adalah. Negeri ini haruslah dipimpin oleh PARTI POLITIK NEGERI SARAWAK SENDIRI!!!

INGAT!!! UNDI PAKATAN PEMBANGKANG= Memberi Kuasa kepada Politik Luar Kuasi Sarawak!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...