15 Januari 2011, Lawatan Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Patinggi Najib Tun Abdul Razak telah melegakan rakyat Belaga yang selama ini sentiasa haus akan pembangunan. Belaga terkenal dengan adanya projek-projek mega yang dijalankan oleh kerajaan di kawasan ini seperti Projek Empangan Bakun dan Murum.
Setelah lebih 10 tahun rakyat Belaga khasnya di Sungai Asap telah berpindah dari kampung asal di hulu empangan pelbagai kemajuan serta pembangunan telah di kecapi. walaubagaimanapun, masih banyak ruang yang rakyat Belaga mengharapkan dari pihak kerajaan untuk terus membangunkan kawasan Daerah Belaga.
Kehadiran PM bagai hujan emas bagi rakyat Belaga, mana tidaknya dalam lawatan ini PM telah memluluskan lebih RM100 juta untuk membangun kawasan Belaga termasuk pembinaan jalan Mejawah-Bakun, Klinik 1Malaysia, Lebih RM41Juta hutang penduduk Asap-Koyan dimansuhkan dan dana untuk pembangunan pendidikan serta ekonomi Rakyat Belaga.
Orang yang paling gembira adalah Wakil Rakyat Belaga kerana dengan usaha keras selama ini berjaya membawa orang nombor 1 Negara ke Belaga.
Mimpi ASAP koyan bagaikan jadi kenyataan, mimpi ngeri selama 10 tahun telah ditelan dengan mudah. Terpedayalah dengan janji 100 million sesungguhnya hanya untuk membeli undi dan membeli murah orang ulu/dayak yang semakin terhapus. Ketua menteri pulau pinang dalam lawatannya ke kuching pula mengumumkan 100 Billion peruntukan untuk sarawak jika menang.Persoalannya, orang ulu dan dayak harus sedar siapakan suara mereka dipihak kerajaan BN dan adakah maruah mereka telah terpelihara didalam kerajaan BN. Penentuan kali ini bukan soal wang ringgit tetapi yang tidak ternilai iaitu maruah dan hak-hak dayak itu sendiri seperti yang telah tercatat di menifesto PKR. Adakah janji PM itu nyata? Janji tinggal janji jika tidak dicatat. Sama sengsaranya nanti dengan orang ASAP koyang yang tertelan janji BN 10 tahun yang lalu tanpa sedar-sedar.
BalasPadamManifesto PKR cuma omongan kosong...terlalu taksub nak rebut kuasa lalu semua usaha baik BN dimanipulasikan.
BalasPadamSedangkan realitinya rakyat Asap tak ada juga yang mengemis dan ditindas sperti yg di war2kan dlm kempen mereka.
Mereka hanya peta berkata tapi satu kerja pun tak berjaya mereka tunjukan untuk rakyat.