Ke Asapkoyan2u

21 Mac 2011

SARAWAK BUKAN MESIR DAN LIBYA!!

RAKAN BLOGGER- Sarawak Dot Kom: Baru balik dari Waterfront tengok gelagat Politik PKR yg cuba meniru orang di Mesir....Tak makan hati penduduk Sarawak!!!

Ikuti cerita;

PANAZZZZZZZZZZZZZZssssssssssssssssssssssss.... Fuhhhh... Saya baru balik memantau tengok perhimpunan PKR pukul 10 pagi tadi. Ramai yang datang. RAMAI tu... Kawasan lapang di Water Front Kuching memang dipenuhi oleh orang. Walaupun hujan, ia tidak menghalang perhimpunan diteruskan dan semangat orang yang hadir tidak hanyut dibawa arus Sungai Sarawak. Berkobar-kobar, laungan semangat dan slogan "REFORMASI" bergema mengegarkan tahi telinga orang-orang yang berhimpun dikala hujan turun sepoi-sepoi bahasa...

Mengikut pemerhatian saya, jumlah orang yang hadir ketika perhimpunan tersebut adalah lebih kurang 200 orang. Mengejutkan, ingatkan tak ramai orang yang akan hadir, rupa-rupanya jalan di sekitar kawasan perhimpunan memang sesak dengan kenderaan. Penyokong dan ahli-ahli PKR yang hadir kira-kira 30 orang. Selebihnya pihak polis 3x jumlah orang-orang PKR dan pihak media 2x daripada jumlah orang-orang PKR... RAMAI tuuuu...

Perhimpunan tersebut hanya berlangsung selama 1 jam dan pihak PKR hanya dibenarkan untuk menyuarakan apa yang terbuku dihati selama 5 minit oleh kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit (haram).

Perhimpunan tersebut adalah bertujuan untuk membantah rampasan tanah NCR dikawasan Balai Ringin dan Gedong serta isu rampasan Bible oleh kerajaan. Pihak PKR juga telah mengedarkan bukti (2nd batch) berkaitan rampasan tanah NCR kepada pihak media yang menurut mereka adalah bukti kukuh mengaitkan ia dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak. Mereka juga mengatakan bukti-bukti tersebut telah disediakan oleh Baru Bian, presiden PKR.

Tetapi apakan daya, tidak ramai orang awam datang untuk turut serta menghadiri perhimpunan tersebut. Sedih dan terharu saya melihat perhimpunan tersebut yang ibarat "bunga layu dikala hujan lebat"... Ini menunjukkan orang Sarawak tidak bersedia dan tidak akan bersedia sampai bila-bila pun untuk melakukan demonstrasi yang ternyata bukan budaya orang Sarawak. Saya ucapkan TAHNIAH kepada orang Sarawak kerana mempunyai akal dan berfikiran panjang.

Berikut adalah gambar-gambar hiasan yang saya ambil dari celah-celah bunga kerana terlalu "ramai" orang berkumpul disitu...

KOLEKSI DISINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...