Ke Asapkoyan2u

18 Januari 2012

PERJUANGAN BELUM SELESAI!!

Menahan Lori Balak
 JALAN BAKUN BINTULU- Sejak berpindah ke penempatan semula Sungai Asap penduduk Asap Koyan dan penduduk sekitarnya masih lagi merungut dengan keadaan jalan raya yang menghubungkan  Bakun-Bintulu.
Perjuangan Belum Selesai 1

Perjuangan Belum selesai 2

Berjuta kos telah di peruntukan untuk membaik pulih jalan ini namun ia hanya bertahan paling lama 3,4 bulan dan kemudian kembali rosak. Saya percaya semua sudah tahu apa punca dan sebab keadaan ini berlaku tidak lain dan tidak bukan disebabkan LORI BALAK yang membawa muatan tanpa had.

Lori Tanpa Permit
 Kalau dihitung...sudah berjuta wang kerajaan telah melayang untuk membaiki kerosakan yang berlaku di sepanjang jalan ini. Namun, tindakan hanya setakat membaik pulih tidaklah nampaknya berkesan kerana Had muatan lori tidak terkawal.

Keadaan jalan yang tidak begitu senonoh ini membuatkan penduduk Sungai Asap Koyan amat tidak selesa kerana melaluinya setiap hari. Keadaan teruk ini juga mendatangkan risiko kemalangan tinggi di sepanjang jalan ini.


Perjuangan Belum Selesai 3
Antara usaha yang telah di perjuangan oleh penduduk AsapKoyan adalah seperti gambar-gambar dalam posting kali ini. Namun perjuangan ini tidak mungkin akan selesai sekiranya pihak berkuasa atau berwajib mengambil perhatian terhadap isu ini.

Perjuangan Belum selesai 3
Penduduk AsapKoyan memang bersyukur dan berterima kasih dengan kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan yang sangat prihatin, namun ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan seperti jalan raya ini tanpa mengikut had muatan yang dibenarkan.

Terima kasih kepada pejuang-pejuang rakyat yang mengambil berat terhadap keselamatan dan kesejahteraan hidup penduduk AsapKoyan.

2 ulasan:

  1. Cheers orang asap maju jaya.Jangan kata perjuangan belum selesai.Ia hanya akan selesai jika ia diteruskan tanpa menerima apa apa bentuk sogokan dari mana mana pihak.Musuh perjuangan ialah wang yang diberi tanpa had kepada sesiapa yang mencetuskan usaha perjuangan untuk semua.Ingat!!! wahai pejuang musuh mencari kelemahan pejuang.Wang itulah kelemahan pejuang turun temurun.Tak ada maaf sebab benar.

    BalasPadam
  2. Teruskan perkara yang baik untuk rakyat!! Bersama majukan Belaga!!

    BalasPadam

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...