Ke Asapkoyan2u

02 Februari 2012

SIRI 2: PENAN BELAGA TERUS TERPINGGIR

"Hari ini...
Jalan ini semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu
Menjamin syurga bagi mereka
Yang lemah dan mudah
Perjuangan kita belumselesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda 
Bangsanya yang berjaya......"
 (Nukilan Dr.M)
 

PENCAPAI PELAJAR PENAN
Setakat ini pelajar penan yang berjaya menamatkan alam persekolahan sampai ke peringkat SPM dan STPM adalah seperti berikut:-
i. Kawasan Linau     - 5 Orang
ii. Long Unai/Balui    - 3 Orang
iii. Sungai Belaga      - 9 Orang
(Sehingga hari ini hanya seorang Kaum Penan dari Daerah Belaga yang bekerja dengan agensi kerajaan)

Maklumat di atas jelas menunjukkan bahawa masyarakat penan Belaga ketinggalan jauh ke belakang berbanding dengan kaum lain di Belaga. Faktor ini turut memberi kesan kepada situasi dan sikap tidak mahu bersaing di antara kaum ini. Penan Belaga TIDAK ADA ROLE MODEL berbanding dengan masyarakat Penan di Baram atau Suai yang sudah jauh ke hadadapan.

KENAPA PENAN BARAM MIRI LEBIH MAJU??
Soalan di atas membolehkan kita masyarakat lain membuat perbandingan. Sudah pasti kita masing-masing ada penjelasan dan ulasan masing-masing. Kita sudah mendengar beberapa nama Penan yang sudah berjaya dan sehingga ada yang di gelar Jutawan. Selain itu ramai sudah yang menjadi usahawan yang sangat berjaya di sebelah Suai.
Kenapa mereka mereka ini boleh berjaya?? Kenapa pula Penan Belaga tidak boleh berjaya?? 
Mungkin tidak perlu kita mengulas apa jawapan bagi soalan di atas kerana kita masing-masing ada jawapannya. Sekiranya kita dapat menjawap soalan di atas maka jawaban untuk masyarakat Penan Belaga keluar dari situasi hari ini agak cerah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...