Ke Asapkoyan2u

05 Februari 2013

POLITIK JIJIK: ANWAR HASUT CINA BAKAR LYNAS??!!

Wong berkata beliau sendiri akan membakar loji berkenaan sekiranya ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum. - Sin Chew Daily, 4 Februari 2013


Makin terdesak pembangkang pada waktu ini ...

Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, Presiden kumpulan aktivis Himpunan Hijau Wong Tack berkata beliau sendiri akan membakar loji berkenaan sekiranya ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum.

Wong juga mengancam untuk mengadakan demonstrasi jalanan untuk menumbangkan kerajaan yang baru dipilih sekiranya tuntutan untuk menutup loji berkenaan tidak dipenuhi, katanya.



Wong Tack ancam akan bakar loji Lynas jika... MALAYSIAKINI, 4 Feb 2013

Aktivis itu juga berkata beliau bersedia menghadapi apa-apa tindakan undang-undang dan turut mengulangi bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Ini sudah boleh ditafsirkan sebagai anasir subversif. Rakyat mahu melihat pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Kementerian Dalam Negeri perlu menyiasat laporan akhbar Sin Chew Daily dan Malaysiakini hari ini.

Jika hari ini pembangkang sanggup mengugut untuk membakar loji Lynas, maka semakin nyata dan benar pilihan raya umum ke-13 bakal menjadi medan rusuhan jika Pakatan Rakyat tewas teruk.

Ini bukan kenyataan main-main, pembangkang semakin berani untuk mengulangi 13 Mei 1969 ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...