Ke Asapkoyan2u

20 Februari 2013

TERGEMPAR!! ANAK NAGA/NABAU DITEWASKAN DITASIK BAKUN!!!

Pemburu Bersama Anak Nabau: Photo dr Badeng Keluan FB

Tergempar!!! Sempena Tahun Ular ini seorang Pemburu Dari Kampung Leng Keluan telah menewaskan seekor Ular Besar yang kira-kira panjangnya Lebih 10 Meter.

Ini membongkarkan misteri kehilangan beberapa ekor Ajing Si pemburu yang hilang secara misteri sebelum ini. Ular ini mampu menelan 2 ekor Anjing Pemburu sekaligus.

Menurut pemburu-pemburu lain dari kampung ini, Mungkin terdapat banyak lagi Ular/Nabau yang lebih besar dari saiz yang ditumpaskan ini di Tasik Bakun.

Perkara ini dapat dilihat daripada bekas dan jejak Si Ular Nabau ini apabila tanda seperti tinggalan kulit, Alur yang membentuk Parit, Batuan Kerangan terbelah dan lain lagi tanda yang sering dilihat di beberapa tempat. 

Mengimbas kembali cerita kepercayaan orang tempatan disini, Mereka percaya dengan kewujudan Makhluk Nabau atau nama tempatannya (EGEN) berada disekitar kawasan ini sejak dahalu lagi. Buktinya dengan adalah masih ramai saksi-saksi yang masih hidup dan pernah melihat sendiri kelibat-kelibat Nabau (Egen) pada masa dahulu.

Apapun cerita misterinya, Keindahan Alam Semulajadi Ciptaan Tuhan di Sekitar Tasik ini Sangat menakjubkan dan Sangat Indah untuk di terokai.

Marilah melancong ke tasik Bakun!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...