Ke Asapkoyan2u

29 Mac 2011

PEREBUTAN KERUSI OLEH PR DI BELAGA TIDAK SELESAI!!!


Kerakusan NAFSU PKR untuk mendapatkan Kerusi DUN N.57 Belaga sugguh memalukan. Rampasan ini telah bermula sejak tahun 2010 apabila mengumpan En. Kenneth Adan Dan Abun Sui supaya melancarkan PKR Ranting Belaga. Umpanan manis dan tipu daya mereka berhasil apabila PKR berjaya membuka Ranting Belaga dengan Ahli kurang dari 50 orang termasuk Peguam Abun Sui Anyit (ASA) dan Kenneth Adan Silek (KAS).

Namun pelancaran PKR Ranting Asap menimbulkan bisul kepada Pakatan Rakyat yang memang sudah parah lukanya di Seluruh Malaysia. Mereka masih lagi cuba berlakon dimata rakyat seolah PR dapat disatukan. Hakikatnya apa yang sedang berlaku sudah jelas mereka tidak sebulu lagi. Sebelum ini SNAP adalah parti Pembangkang Sarawak yang beretika di Belaga sekarang cuba dicucuk oleh PKR,DAP,dan PAS.

Calon SNAP Belaga Dr. John Bampa kali ini berjanji akan mempertahankan kerusi tersebut bermati-matian dan tidak akan membiarkan PKR Parti Luar masuk ke Belaga. Beliau memberi amaran akan membongkar segala penipuan PKR dan Calonnya Lawyer Ali Baba yang sebelum ini pernah menipu duit orang kampungnya sendiri. "JANGAN CUBA BANGUNKAN HARIMAU YANG RILEKSSSS"

Sumber: Tubesarawak.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...