Gambar rumah-rumah panjang yang lama dijadikan modal untuk memancing undi untuk membuktikan kononnya mereka telah dirompak sehingga tidak mampu untuk memperbaiki taraf kehidupan dalam menghadapi arus pembangunan yang semakin pesat.
Gambar di bawah digunakan untuk menunjukkan betapa miskinnya rakyat Sarawak… sumber: Dayakbaru.
Sementara gambar di bawah pula disembunyikan. Halaman ‘ruai’ rumah panjang seperti dewan sidang. Lantainya seperti cermin. Membuktikan masyarakat Dayak tidak merempat seperti dakwaan pembangkang daripada semenanjung. Kebanyakan rumah panjang di Sarawak sekarang mempunyai kemudahan TV satelit serta komputer.
Ruai 1 |
Ruai 2 |
Mengapa pembangkang tidak menjelaskan taraf kehidupan masyarakat Dayak yang sebenar berpandukan gambar ini?
Dalam berkempen, inilah taktik pembangkang untuk menggagalkan usaha pemimpin kerajaan. 100% daripada kempen mereka menafikan kejayaan Barisan Nasional yang sudah tentunya tidak dapat untuk diterima akal yang waras.
Jadi pembangkang cukup senang… ambil saja gambar kemiskinan, sudah dapat modal pusingan untuk kerja-kerja kempen di kawasan penempatan masyarakat Dayak. Sedangkan pembangkang tidak perlu berbuat apa-apa pun terhadap apa yang dipertikaikan mereka.
Di Asapkoyan- Pembangkang berkempen untuk membawa balik penduduk asapkoyan ke kampung asal. Mereka ini memang senang bercakap, sebaliknya mereka yang berkempen ini tidak duduk diam di Asapkoyan. Cubalah tanya sendiri kepada penduduk Asapkoyan siapa yang sanggup tinggal di hulu??? Kalau pergi hulu bakun untuk pergi cari makan mungkin..tetapi untuk hidup semula dan bawa keluarga tinggal dan hidup seperti 10 tahun lepas mungkin tidak ada lagi orang nak.
asapkoyan2u cabar mereka pembangkang, bawalah anak bini kamu sendiri diam di hulu sana sekarang. Tidak payah lama, setahun atau sebulan saja. Harap Belaga terus menerima kemajuan yang telah dirancangkan oleh Kerajaan pada masa akan datang...
sumber diolah; rajahmas.blogspot.com
Penduduk asapkoyan tidak mahu hidup di hulu lagi seperti yang ditawarkan oleh Pembangkang semasa kempen.
BalasPadamPenduduk asapkoyan ada rancangan tersendiri di hulu empangan bakun, membuka resort, kolam ikan atau buat bisnes eko pelancongan. Bukan mau pergi hidup kuno lagi....