Ke Asapkoyan2u

18 April 2011

TAHNIAH BN BELAGA DAN SARAWAK!!!

asapkoyan2u ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBLL dan Penduduk Belaga amnya yang terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan BARISAN NASIONAL untuk terus membela nasib penduduk Belaga.

PRN-10 kali ini membuktikan bahawa rakyat masih lagi amat mempercayai kemampuan BN untuk menerajui Negeri Sarawak untuk terus mencapai Negeri paling maju di Malaysia pada masa akan datang. Walaupun ada suara2 sumbang yang cuba melemahkan kerajaan, namun sebenarnya ia telah semakin menambahkan kekuatan bagi BN dan rakyat sudah dapat membuat penilaian.

asapkoyan2u ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf sekiranya ada pihak yang terkilan dengan serangan saraf selama ini. Ianya asam garam politik demokrasi, yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita hindarkan jauh-jauh dari dalam hati kita. semoga kita penduduk Belaga dapat bersatu dan bekerjasama dengan pemimpin kita bagi terus membawa pembangunan di Belaga.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...