Ini adalah wall baru bian for CM.. cuba perhatikan..
Ada satu yang tidak ada.. Iaitu descriptions bawah gambar 'BARU BIAN FOR CM'.. sekarang sudah hilang.. Rupa-rupanya impian CM Sarawak itu hanya impian bermusim seperti akedemi fantasia.
Page dah dipromosikan bagai nak rak dalam blog-blog, Facebook, Twitter berbulan-bulan sebelum pilihanraya. Akhirnya yang dia dapat cuma 2,783 fans (sehingga kini) yang teringinkan dia jadi CM. Entah dia sendiri pun agaknya sudah klik banyak kali guna beberapa akaun.
Keputusan PRN pun menang tipis... majoriti cuma 473 orang walaupun kawasan sendiri. Mana ada popular kalau macam tu? Malulah.....
Baru Bian patut sedar, dulu yang beriya-iya calonkan dia jadi bakal CM bukannya Anwar atau Azmin pun.. Nak kata Wong Ho Leng atau Chong Chieng Jeng jauh sekali.. Yang mencadangkan Baru Bian as CM dulu adalah sipengampu Vernon Kedit yang mengharapkan kredit kalau Baru Bian jadi CM..
Apabila DAP menubuhkan kabinet bayangan Sarawak, mereka tidak iktiraf langsung Baru Bian sebagai ketua. Lebih teruk, daripada 16 anggota kabinet bayangan itu hanya 2 ½ diberikan kepada PKR dan ½ kepada PAS.
Yang lain semuanya dikawal DAP. Itupun portfolio yang diberikan ialah Pembangunan Tanah dan Hal Ehwal NCR (Baru Bian) , Pelancongan, Warisan dan Alam Sekitar (See Chee How) dan Hal Ehwal Agama Islam dan Perpaduan Negara (Ali Biju -PKR/Adam Ahid - PAS)
Dan PAS menganggap ini satu yang patut (pengiktirafan?) kepada mereka kerana diberikan ½ peranan walaupun tewas semua 5 kawasan semasa PRN 16 April. Itu adalah nilai PAS di Sarawak pada pandangan DAP.
Hari ini dalam meletup dalam Free Malaysia Today bertajuk ‘Cracks in Pakatan over S’wak shadow cabinet’, memberi tahu kita betapa Pakatan akan tetap bertelingkah sejak dari pembahagian kerusi DUN dulu sehinggalah pembentukan kabinet bayangan mereka. Namun Anwar bagi alasan ia hanyalah cadangan sahaja…..
Masalahnya, betulkah hanya cadangan setelah DAP mengumumkan dalam media?
Di mana Baru Bian dalam Pakatan Rakyat? Agaknya dia tidak belajar daripada KEBODOHAN PAS di Perak yang cuma MB Boneka (yang tak berkuasa dalam hal ehwal kewangan) dan satu exco hal ehwal pembangunan wanita.. Sebelum itu PAS sanggup tolak 4 jawatan exco kerajaan negeri dan satu speaker DUN tolak asal dapat kerjasama dengan DAP. Bodoh punya umat….
Maaf cakap, DAP tak gunakan Baru Bian jika NCR tidak wujud. Itulah penyelamat kariernya dalam politik. Bukan sekali dia diperlakukan demikian.. Berapa kuat suaranya boleh didengari kepimpinan DAP Sarawak jika PKR runtuh pada PRU kelak? Untuk rasa selamat daripada malu, awal-awal lagi dia lupakan sahaja niatnya untuk jadi CM of Sarawak.
sumber: rajahmas.blogspot.com
sumber: rajahmas.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda