Ke Asapkoyan2u

05 Mei 2011

WAKIL RAKYAT PRS HARUS DIBERI PELUANG

KUCHING- Parti Rakyat Sarawak (PRS) malam tadi mengadakan satu majlis kesyukuran sempena meraikan kemenangan dalam mempertahankan kerusi yang dipertandingankan pada PRN10 yang lepas.

Doa Pembukaan Oleh; YB Liwan Lagang (ADUN BELAGA)

Dalam ucapan terdahulunya, Pengerusi Majlis Yang Berusaha Ugak Kumbong dengan tegasnya menyatakan supaya Wakil Rakyat dari Parti ini harus diberi peluang untuk mendapat jawatan dalam kabinet. Ini adalah kerana rakyat telah menunjukkan sokongan dan memberi mandat penuh kepada mereka (WR) dan telah jelas ditunjukkan dalam keputusan piliharaya yang lalu. Kerajaan juga perlu segerakan segala pembangunan yang telah dijanjikan kepada rakyat pada pilihanraya lepas dengan serta merta.

Dalam ucapan perasmian majlis, Presiden Parti Dato Sri James juga turut mengucapkan setinggi tahniah kepada Calon Parti ini yang telah menang dan mendapat sokongan yang amat memberansangkan. Beliau menyeru supaya WR parti ini lebih bekerja keras lagi untuk terus mewakili suara rakyat khasnya di kawasan Pedalaman yang dipegang oleh Parti Rakyat Sarawak.

Dato Sri James juga turut menguscapkan terima kasih kepada semua penyokong dan rakyat yang terus memberi kerpercayaan kepada parti ini. Kemenangan kali ini menjadikan PRS adalah Parti Kompenen BN kedua terbanyak dalam DUN Negeri Sarawak. Olehitu, beliau amat berharap agar suara rakyat dan PRS akan didengar oleh pucuk pimpinan Negeri dan Negara pada masa akan datang ini.

asapkoyan2u juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan Tahniah dan Syabas kepada Wakil Rakyat yang telah berjaya! Jalanlah tugas dan amanah dengan lebih tekun lagi agar masalah-masalah rakyat dapat diselesaikan.

Semoga Wakil Rakyat Belaga YB Liwan Lagang juga akan dipertimbangankan untuk jawatan dalam kabinet sebagai menteri mahupun menteri muda. Inilah harapan semua rakyat Belaga dan asapkoyan.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...