Ke Asapkoyan2u

24 Mei 2011

BN SARAWAK: PERJUANGAN DITERUSKAN!!!


Sudah terlalu lama sikap "yakin" tertanam dikalangan pemimpin Barisan Nasional Sarawak, dalam keadaan apa pun sikap itu terus dipertahan tanpa melihat masa dan keperluan.

Ketika Barisan Nasional di semenanjung sudah mula menggerakkan jentera demi menghadapi Pilihan raya umum ke 13, BN Sarawak sekadar melaungkan falsafah lama yang sudah beransur lapuk.

DAP Sarawak sedang giat menampilkan calon-calon mereka untuk PRU 13 serta memantapkan jentera sedia ada. Tapi BN Sarawak masih terkial-kial dalam proses melobi sebagai calon. Mungkin inilah sebabnya mengapa jentera DAP kelihatan lebih unggul waktu pilihan raya, kerana mereka sentiasa turun ke bawah untuk memikat hati pengundi.

Sepatutnya inilah waktu untuk para pemimpin atau YB melihat kembali keluh kesah penyokong setia yang sengaja diabai waktu pilihan raya lalu, masalah mereka sengaja diabai waktu itu atas alasan ‘kawasan putih’ menurut takrifan agensi yang kurang peka dengan masalah rakyat.

Alangkah baik BN Sarawak mendekati akar umbi yang bermasalah, agar masalah itu tidak menjadi api yang bakal membakar diri waktu pilihan raya nanti. Tapi setakat ini, para pemimpin lebih berminat untuk mengadakan majlis menari dan menyanyi. Para pemimpin ini tidak berminat untuk mendengar masalah rakyat yang dibawa oleh para blogger, kerana mereka melihat blogger adalah ancaman kepada reputasi sebagai pemimpin.

Di dunia maya, cuma kelihatan Facebook Pemuda PRS sahaja yang benar-benar bernyawa, dengan membuka ruang untuk rakyat mengemukakan pendapat atau saranan dari ahli-ahli dalam berbagai topik terkini.

Sedangkan jentera UMB Sarawak (Unit Media Baru) yang gah dengan peruntukkan jutaan ringgit, sekadar melaungkan perjuangan dari kelompok tertentu sahaja. Jauh sekali untuk memperkuatkan parti.

Ironinya, blogger SPDP sibuk menyindir serta memperli pemimpin PRS dan PBB. Seolah-oleh mereka (SPDP) lebih cemerlang dalam pilihan raya lalu. Sikap ini tidak seharusnya dilakukan oleh sesama komponen BN.

Selain masalah pemimpin lambat bertindak dan bergerak, Inilah yang menjadi kelemahan dalam Barisan Nasional Sarawak. Bila perjuangan sudah tidak lagi bernyawa, dan para blogger sekadar dijadikan satu projek. Yang tinggal hanyalah untuk melepas batuk ditangga.

Untuk apalah mencari kelemahan pembangkang, sedangkan kita tidak membina kekuatan diri...

asapkoyan2u; asapkoyan2u tertarik dengan posting rakan melanau blogger ini, memang ada kebenarannya apabila kita perhatikan sendiri siapa yang benar-benar bekerja keras sebelum dan semasa PRN10 Sarawak yang lepas...fikir2 dan renungkalah!!! rakan blogger BN patut bersatu dan terus perjuangankan parti ini untuk Sarawak...

Petikan dari; Melanau Blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...