Projek Empangan Bakun telah memberi kesan langsung kepada kira-kira 15 buah kampung yang terletak di hulu empangan dan telah dipindahkan ke Skim Penempatan Semula Sungai Asap sejak tahun 1998. Tidak dinafikan Projek ini telah memberi pelbagai menfaat kepada penduduk sekitarnya dari segi ekonomi, pendidikan, serta pembangunan sosial.
Namun penduduk Belaga khasnya penduduk di Skim Penempatan Semula Sungai Asap masih lagi risau dengan nasib mereka pada masa akan datang. Mungkin juga kerana mereka tidak nampak dengan jelas rancangan kerajaan bagi mereka 10-20 tahun akan datang.
Pihak kerajaan perlulah jelas dengan setiap polisi dan rancangan yang akan dilaksanakan bagi menjawap segala kerisauan penduduk di sekitar melalui agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawap. Rancangan perlulah diatur dengan terancang dan sentiasa mencari jalan untuk terus menambahbaik taraf hidup penduduk sekitar.
Kejayaan kerajaan membina Empangan Bakun dilihat sebagai satu kejayaan yang besar dan membanggakan. Namun bagi penduduk yang terlibat secara langsung dengan Mega Projek ini, ia adalah satu MASALAH jika kerajaan tidak memperhatikan nasib masa depan mereka. Jika bukan kerana Pergorbanan besar mereka membenarkan Projek ini mungkin Empangan Bakun tidak akan wujud hari ini.
Bagaimana, dengan cara apa, dalam bentuk apa, kerajaan boleh membalas serta menghargai Pengorbanan Penduduk Disini???
asapkoyan2u, telah menerima pelbagai cadangan serta harapan daripada individu daripada pelbagai golongan di sekitar Belaga. Satu daripada permintaan yang cukup menarik dan praktikal adalah, ROYALTI. Penduduk Belaga harus diberi royalti dari pendapatan Projek Empangan Bakun kelak.
1. Apabila Beroperasi kelak Kerajaan Negeri akan dibayar sehingga RM115Juta setahun oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan penakungan air. Oleh itu, Tidak salah sekirannya Kerajaan Negeri Sarawak membayar Royalti Air 1-10% kepada penduduk Belaga.
2. Sementara itu juga, Kerajaan Negeri Sarawak boleh membuat dasar supaya Pelabur (investor) yang akan menggunakan kuasa dari Empangan Bakun membayar kepada Masyarakat tempatan sebagai Tanggungjwap Sosial mereka. Share Penduduk Belaga haruslah dimasukkan dalam kadar tarif yang dicaj kepada pelabur. Kaedah ini diguna pakai di Negara China dan Brazil. Kerajaan Negeri dapat jimatkan kos.
Apapun kaedahnya, Kerajaan perlu memikirkan nasib penduduk yang terlibat agar mereka dapat menikmati menfaat daripada Pembinaan Empangan Bakun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda