Ke Asapkoyan2u

22 September 2011

PEMIMPIN PKR SARAWAK KELUAR PARTI LAGI!!

                                                          Pemimpin-pimimpin PKR selepas sidang akhbar


Sekumpulan Pemimpin-pemimpin PKR Negeri Sarawak yang diketuai oleh En Jimmy Donald@Jimmy Lim dan beberapa bekas calon PKR ketika PRN10 yang lepas telah mengadakan sidang akhbar dengan menyatakan hasrat untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Yang menjadi tanda tanya kenapa mereka mengambil keputusan untuk keluar dari PKR? Adakah kerana sudah hilang kepercayaan dengan perjuangan PKR ataupun sudah hilang kepercayaan terhadap pimimpin-pemimpin PKR yang lain termasuk Penasihat PKR Anwar Ibrahim???. Selain dari Jimmy Donald mereka yang lain ialah En Munan Laja, En Jonas Riong, Mathew American dan Dr John Brian.

APAKAH AGENDA SEBENAR JIMMY DONALD@JIMMY LIM dan rakan-rakannya untuk keluar dari PKR?? Ini kerana menurut Jimmy Donald walaupun telah keluar dari PKR beliau tetap menyokong PKR. Pada pendapat saya Pemimipin seperti ini hanya mementingkan diri sendiri ataupun ada agenda terselindung seperti terlibat secara tidak langsung dalam penubuhan parti baru yang PRO BN di Sarawak. Pemimipin seperti mereka ini juga mungkin telah dipergunakan oleh orang lain untuk tujuan kepentingan politik orang-orang tertentu

Saya akan terangkan serba sedikit latarbelakang pemimpin-pemimpin yang bertindak keluar dari PKR tersebut. Dengan penerangan ini mungkin akan memberi sedikit Jawapan kenapa mereka Keluar PKR dan dari situ juga kita boleh menilai apakah tujuan politik pemimpin seperti mereka ini….


EN JIMMY DONALD@JIMMY LIM ( Ketua PKR Sri Aman )

                        Jimmy Donald@Jimmy Lim ketika menyerahkan permohonan menyertai PKR




Beliau merupakan bekas ahli Parlimen Sri Aman selama dua penggal dan memenangi Kerusi Parlimen Sri Aman menggunakan ticket BN-PBDS selepas itu ticket BN-PRS. Bagaimanapun beliau telah digugurkan menjadi calon BN semasa PRU 2008 kerana telah bersekongkol dengan Dato Sng dan Larry Sng semasa perebutan Jawatan Presiden PRS. Semasa krisis dalam Parti PRS tersebut Jimmy Donald telah memihak kepada kumpulan Larry Sng untuk menentang kumpulan yang diketuai Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Kerana tahu yang beliau tidak akan dicalonkan untuk menjadi calon BN Semasa PRU12 tahun 2008 yang lepas En Jimmy Donald@Jimmy Lim telah menjadi ahli PKR dan menjadi calon PKR untuk menentang calon BN-PRS En Masir Kujat. Keputusan dimenangi oleh calon BN-PRS.

Pada PRN10 yang lepas sekali lagi Jimmy Donald bertanding menggunakan ticket PKR menentang calon BN-PRS En Mong Dagang di DUN N26 Bukit Bangunan. Pertandingan dimenangi oleh calon BN-PRS En Mong Dagang dengan memperolehi majority 2,773 undi.


EN MUNAN LAJA ( Ketua PKR Kapit )

                                                             Munan Laja ketika penamaan calon di N55 Ketibas


                                                           Munan Laja ketika bersama Larry Sng

Beliau merupakan bekas ahli Parti PRS dan pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi Parti PRS. Belau telah dipecat dari Parti PRS bersama-sama dengan Ketua Kumpulan Mereka Larry Sng semasa krisis Parti PRS lepas. Beliau merupakan Orang kanan Dato sng dan Larry Sng semasa dalam PBDS dan PRS dahulu. Menyertai PKR selepas dipecat dari parti PRS. Pada PRN 10 lepas Munan Laja telah bertanding menggunakan ticket PKR menentang calon BN-PBB Datuk Ambrose Belikau di DUN N55 Ketibas. Keputusan dimenangi oleh Calon BN-PBB Datuk Ambrose Belikau dengan majority 2,256 undi.

MATHEW AMERICAN pula merupakan bekas ahli PRS yang dipecat bersama-sama dengan Larry Sng, selepas itu masuk Parti Keadilan Rakyat.

JONAS RIONG pula merupakan Ketua PKR Serian yang bersama sama dengan Jimmy Donald untuk menyatakan hasrat keluar dari Parti PKR.

Merujuk kepada akhbar Utusan Borneo selepas sidang akhbar yang diketuai oleh En Jimmy Donald@Jimmy Lim, Seorang lagi ahli PKR dan merupakan bekas Calon PKR pada PRN 10 lepas iaitu En Dr John Brian juga menyatakan niat keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Dr John Brian merupakan calon PKR menentang Calon BN-SPDP di DUN N42 Meluan En Wong ak Judat. Keputusan dimenangi oleh calon BN-SPDP En Wong ak Judat dengan majority 1,642 undi.

SECARA KESIMPULANNYA... PEMIMPIN-PEMIMPIN SEPERTI MEREKA INI KELUAR DARI PKR MUNGKIN KERANA ADA KAITAN DENGAN PARTI BARU YANG AKAN DITUBUHKAN NANTI. SEPERTI YANG SELALU DIKELUARKAN DI AKHBAR AKHBAR. PARTI BARU TERSEBUT MERUPAKAN PARTI YANG CUBA DIASAS OLEH DATO SNG DAN LARRY SNG......!!!!!.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...