Ke Asapkoyan2u

14 Jun 2011

PEMBALAKAN HARAM DI TASIK BAKUN


Tasik Empangan Bakun- Ketika kerajaan menakung air di Tasik Bakun, Sibuk pula kerja pembalakkan haram berjalan di Hulu Tasik Bakun. Beribu-ribu tan kayu balak di bawa keluar dari sekitar empangan Bakun.

Haram atau Sah??? asapkoyan2u tidaklah berapa pasti, tetapi inilah situasi yang sangat giat berlaku sejak penakungan air di lakukan di Empangan Bakun ini. Namun yang pastinya memang terdapat kemungkinan ramai taukey-taukey balak haram yang mengambil kesempatan untuk mengaut berjuta-juta keuntungan daripada situasi yang sedang berlaku.

Pada bulan lepas, pihak Polis Asap telah menahan beberapa Lori Balak yang sarat dengan muatan yang dibawa dari Tasik Bakun. Ini mengesahkan bahawa adanya kerja pembalakkan Haram disini.

Ada beberapa individu yang melaporkan kepada asapkoyan2u bahawa harga balak dibayar dari RM30-RM300/tan kepada tukang tebang. Ramai juga penduduk Asapkoyan yang mengambil peluang ini menjadi tukang tebang kerana ia agak lumayan bagi mereka. Dalam seminggu mereka boleh kaut sehingga RM5-10 ribu...lumayan!!


Walaupun Pembalakkan haram ini memberi peluang pekerjaan kepada segelintir penduduk asapkoyan namun ia dilihat adalah merugikan bagi pihak kerajaan dan rakyat Asap-Koyan yang tidak terlibat dalam kerja haram ini.

Dimanakah perginya pihak penguatkuasa?? Kerja ini patut di pantau dan diambil tindakan kerana ia amat merugikan pihak kerajaan dan rakyat tempatan yang terpaksa bekorban untuk Projek Empangan Bakun. Rancangan perlulah dilaksanakan dengan baik bagi mengurus kawasan sekitar tasik bakun ini.

Memanglah patut balak-balak yang terdapat disekitar kawasan penakungan air diambil daripada ianya akan ditengelami air. Tetapi siapa yang dipertanggunjawapkan untuk kerja ini? Apapun, kerja penakungan air sudah hampir selesai. Pembalak haram sudah patut keluar dari tasik bakun, bukan nak gasak balak yang tidak tenggelam.

Selepas ini, kerajaan harus melibatkan orang tempatan dalam setiap rancangan yang telah diatur di Tasik Bakun agar mereka dapat merasakan pembangunan hasil daripada Projek Mega ini. Kaedah yang terbaik harus dilaksanakan bagi mempastikan pengurusan tasik akan memanfaatkan rakyat dan kerajaan kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...