Ke Asapkoyan2u

20 Jun 2011

DUN: PENDUDUK LUAR BANDAR PERLU DIHARGAI

Persidangan DUN 20-26 jun 2011

KUCHING- Persidangan DUN Sarawak ke-17 telah bermula semalam 20.06.11 merupakan persidangan pertama kali selepas PRN10 lepas. Persidangan kali ini sudah pasti akan meriah dan menarik dengan kehadiran beberapa muka baru dan sedikit penambahan kerusi pembangkang.

Kali ini ADUN Sarawak terdiri daripada 55 BN, 15 Pembangkang, 1 Bebas. Semalam adalah sesi angkat sumpah oleh semua ADUN yang telah menang dalam PRN1o dan mewakili kawasan masing-masing.

Rakyat Sarawak keseluruhannya sudah pasti mengharapkan kerajaan yang diperintah oleh Barisan Nasional agar memberi perhatian lebih kepada isu-isu yang sering disuarakan oleh rakyat selama ini.

Wakil rakyat yang diberi mandat dan tanggungjawap oleh rakyat kawasan masing-masing perlulah lebih berani dalam memperjuangkan setiap isu dan masalah yang selama ini membelenggu penduduk di kawasannya.

Namun begitu besar harapan penduduk luar bandar ingin melihat perubahan dan pembangunan berterusan sampai kepada mereka. Harapan ini telahpun diterjemahkan oleh rakyat luar bandar pada PRN1o apabila majoritinya mempertahankan kerusi Luar Bandar.

Amanah ini perlu dilihat dan perlulah diberi penghargaan oleh pihak Kerajaan dengan memberi lebih fokus kepada keperluan pembangunan di luar bandar pada rancangan akan datang ini. Setiap perancangan juga perlulah dilaksanakan dengan segera dengan cara yang lebih berkesan.

Bagi penduduk Asap-Koyan dan Belaga, isu yang sering kali dibangkitkan adalah isu tanah, penambaikkan kemudahan asas dan prasarana, seperkara yang asapkoyan2u rasa amat penting adalah permohonan royalti daripada Projek Empangan Hidro Bakun demi menjamin masa depan anak-anak Belaga yang telah menerima kesan langsung dari projek tersebut.

Selain itu, peluang pekerjaan, peluang ekonomi serta peluang pendidikan perlu dititik beratkan agar jurang taraf hidup penduduk luar bandar dan bandar akan menjadi kurang.

Perhatian dan tindakan yang cepat dari pihak kerajaan sudah pasti akan lebih menambat hati penduduk Belaga untuk terus menyokong kepimpinan kerajaan Barisan Nasional pada masa akan datang. Selamat bersidang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...