Macam biasa, perbicaraan Anwar ditangguhkan lagi. Kali ini ditetapkan dari 8 hingga 26 Ogos pula. Dan walaupun telah DITETAPKAN, dijangka perbicaraan itu juga akan ditangguhkan dengan pelbagai alasan.
Pada perbicaraan yang TELAH DITETAPKAN itu, Anwar akan membela diri dengan dia sendiri menjadi orang pertama yang memberi keterangan.
Bagaimanapun, ramai yang menjangkakan, walaupun menjadi orang pertama yang memberi keterangan, besar kemungkinan Anwar tidak akan memberi keterangan, sebaliknya lebih sibuk menghuru-harakan negara bagi mengelakkan memberi keterangan yang dia sendiri sudah pening mana satu fakta, mana satu auta!
Walaupun para pengikutnya sudah pasrah yang Anwar adalah pelaku liwat, dan berikrar bahawa tanpa Anwar sekalipun, perjuangan untuk menguasai Putrajaya akan dilakukan, namun Anwar Ibrahim ternyata sangat gentar dengan hukuman yang bakal diterimanya. Sesetengah orang berkata, gentar Anwar Ibrahim terhadap Sungai Buloh, sama gentarnya dia seperti disarankan masuk ke kawasan Makkah walaupun dia sudah berada di Jeddah!
Justeru, sebenarnya tidak menghairankan jikalau perbicaraan liwatnya akan ditangguhkan lagi. Para pencacai dan penjilat Anwar berpendapat, mahkamah yang membicarakan kes liwat Anwar adalah mahkamah kanggaru walaupun mahkamah kanggaru itu jugalah yang telah membenarkan penundaan demi penundaan.
Barangkali pada 8 Ogos nanti, Anwar akan memberi alasan yang punggungnya ada bisul atau ada KETUAT DI KOTE BENGKOKnya, sekaligus menyebabkan perbicaraan perlu ditangguhkan lagi...
SUMBER: http://theflyingkick.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda