Walau bagaimanapun, ianya menjadi hangat apabila pelbagai pihak telah membuat kenyataan di media dan melaporkan sehingga 30 kematian berlaku di Belaga. Walaupun ianya kenyataan yang tidak berfakta, Orang Belaga dan pihak berkaitan haruslah terus mengambil langkah berjaga-jaga kerana memang ada dilaporkan lebih 3 kes berlaku di Belaga.
Kali ini kita ingin melihat apakah faedah Empangan Bakun ini kepada penduduk Belaga hari ini, esok dan pada masa akan datang??
Sejak penduduk mula di pindahkan ke Asap-Koyan 1998, bermulalah satu perbuhan hidup baru kepada penduduk yang terlibat. Menurut pemerhatian dalam 13 tahun ini, perubahan dari segi Pendidikan, Ekonomi serta Sosial amat ketara sekali. Tidak dinafikan masih ada yang masih tertinggal sedikit namun sudah mulai sedar dan berusaha ke arah kemajuan.
Kerajaan patut terus melihat kepada keperluan penduduk tempatan yang terlibat langsung dengan kesan pembinaan mega projek ini.
Walaubagaimanapun, masih banyak ruang yang perlu ditambah baik oleh pihak kerajaan. Kemudahan dan kelengkapan sekolah perlu ditingkatkan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan kondusif setaraf dengan situasi di bandar.
Namun apa yang orang Asap-Koyan ingin kerajaan ambil perhatian sepenuhnya adalah berkaitan peluang ekonomi di Tasik Empangan Bakun yang sangat luas iaitu lebih 600sqm. Inilah mungkin peluang terbaik bagi kerajaan untuk terus menghargai pengorbanaan rakyat Belaga.
Kita pasti kerajaan telah merancang yang terbaik bagi pembangunan di sekitar tasik ini. Namun kerajaan tidak harus melupakan Orang Asap-Koyan dalam setiap perancangan tersebut kelak.
Latihan dan apa sahaja bentuk kemahiran perlu diberikan kepada mereka agar bersiap sedia dengan peluang yang akan menjelma terutamanya dalam bidang Eko-pelancongan, retail, Perhotelan, Perikanan dan sebagainya.
Asapkoyan2u percaya banyak lagi idea dan pandangan yang sedang difikirkan oleh semua Penduduk Belaga. Kita juga berharap agar rakyat Belaga terus bekerjasama dengan pihak kerjaan dalam merancang yang terbaik demi pembangunan daerah Belaga.
Mari kita berkongsi pendapat tentang faedah Empangan Bakun kepada Penduduk Belaga....sila beri komen dan pendapat anda. Terima kasih!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda