TASIK BAKUN- Membentuk tasik seluas Negara Singapura. Tasik ini akan membentuk beratus-ratus pulau yang pastinya menghasilkan panorama yang sangat indah. Tenaga Elektrik dari HEP pula mampu membekalkan tenaga yang mencukupi sehingga 20 tahun akan datang untuk Negari Sarawak.
Namun Pengorbanan Rakyat Belaga untuk Projek HEP Bakun tidak harus dilupakan.
Namun Pengorbanan Rakyat Belaga untuk Projek HEP Bakun tidak harus dilupakan.
Dokumen di atas adalah RAYUAN SIVIL NO. W-02-341 TAHUN 1996. Dokumen inilah bukti pengorbanan rakyat Belaga terhadap pembinaan HEP Bakun 1996 untuk diteruskan. Adakah semua penduduk yang terlibat lansung dengan HEP Bakun tahu akan perkara ini pada masa itu?
Di atas permintaan EKRAN BERHAD, Semua ketua masyarakat hulu Belaga telah membuat AFFIDAVIT ke atas saman yang di buat oleh Kajing Tubek, Tahu Lujah dan Saran Simu.
Apakah pandangan kita sebagai penduduk Belaga terhadap dokumen ini? sudah pasti kita ada penilaian masing-masing.
Namun bagi asapkoyan2u, inilah bukti PENGORBANAN RAKYAT BELAGA yang paling besar demi kemajuan negeri dan negara amnya. Kita anggap pemimpin masyarakat Belaga ketika itu mengambil keputusan ini atas kebijaksanaan mereka dan bukan kerana faktor kepentingan peribadi dan ianya bukan satu kesilapan atau didesak.
Oleh itu, Kerajaan kini perlu mengambil perhatian serius di atas kesan langsung HEP Bakun kepada rakyat Belaga dari mula pembinaannya sehinggalah menikmati kejayaan. Kerajaan perlu merancangan sebaiknya pembangunan di Belaga dengan melibatkan penduduknya yang sentiasa setia dan terus menyokong kerajaan sehingga hari ini.
Dokumen di bawah membuktikan 5 perkara yang dibuat oleh Rakyat Belaga demi HEP Bakun; (anda boleh tekan pada dokumen di bawah untuk lihat dokumen penuh..)
PERKARA....

2. Kami hanya menyedari tentang guaman yang dinyatakan di atas oleh Plaintiff yang disebut di atas, Kajing Tubek dari rumah panjang Long Bulan, Belaga, Tahu Lujah dari rumah panjang Uma Daro, Belaga dan Saran Imu dari rumah panjang Bato Kalo, Belaga, yang nampak seolah-olah diambil untuk menghalang dan mewujudkan rintangan-rintangan ke atas Projek Empangan Bakun, awal bulan ini melalui siaran-siaran radio dan daripada pekerja-pekerja di tapak Empangan Bakun.
3. Kami tidak mengetahui sepenuhnya apakah yang ketiga-tiga Plaintiff ini cuba capai melalui tindakan mereka tetapi kami adalah penghuni-penghuni langsung yang akan ditakungi air atau yang terlibat secara langsung akibat daripada Projek Empangan Bakun tidak bersetuju dengan Plaintiff-plaintiff sekiranya tindakan ini adalah untuk menghentikan Projek Empangan Bakun.
4. Kami menyambut baik Projek Empangan Bakun dan pembangunan yang di bawanya ke kawasan kami memandangkan ianya akan menguntungkan masa depan kami serta juga masa depan anak-anak kami. Kami menyedari sepenuhnya bahawa kami terpaksa menanggung ketidak selesaan dan kepayahan-kepayahan untuk menempatkan semula rumah-rumah kami serta punca-punca pendapatan kami. kami bersedia melakukan pengorbanan ini demi kemajuan masa depan masyarakat kami serta negara secara menyeluruh.
5. Hak-hak ke atas tanah di dalam kawasan yang menempatkan rumah-rumah panjang kami masing-masing dipunyai oleh kami dan kami berhasrat untuk menyerahkan mereka bagi mendapatkan pampasan/atau sebagai tukaran untuk hak-hak tanah yang lain. Kami merasakan bahawa adalah jahat bagi plaintiff-plaintiff untuk mengambil tindakan tersebut bagi melucutkan kami daripada hak-hak undang-undang serta harapan-harapan kami dan kami dengan ini tidak bersetuju dan mengutuk tindakan mereka.
6. Kami, sebagai pihak-pihak berkepentingan dan yang terjejas secara langsung dengan penghakiman Makahmah yang tersebut dibawah, telah tidak pernah dijadikan suatu pihak kepada tindakan ini, dan adalah tidak betul disisi undang-undang dan tidak berjustifikasi bahawa tiga orang boleh menjejaskan hak-hak seluruh masyarakat di sekitar kawasan kolam air Empangan tersebut. .................
Kalaulah dalam AFFIDAVIT ini pada masa itu masukkan sekali permintaan Rakyat Belaga;
- Royalti kepada penduduk belaga hasil dari penjanaan kuasa elektrik,
- Elektrik percuma kepada penduduk Belaga,
- Air Percuma
- Dan lain-lain pemintaan rakyat Belaga....
Kerajaan perlu tambahbaik segala kemudahan prasarana di Belaga. Sentiasa libatkan penduduk tempatan dalam segala rancangan yang akan datang.
Penduduk belaga berhak mendapat habuan hasil dari empangan bakun.
BalasPadam