Ke Asapkoyan2u

04 Ogos 2011

AMBIGA; DIHARAM KE SARAWAK

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf dalam kamarnya menolak permohonan Ambiga bagi mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman.

Pada 23 Mei lepas Ambiga memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Pengarah Imigresen Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai responden.

Peguam Tommy Thomas dan James Khong mewakili Ambiga, manakala Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi mewakili Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Azizah memberitahu media bahawa hakim enggan memberi kebenaran kepada permohonan Ambiga dengan alasan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia tidak ada kena mengena dengan notis tersebut yang dikeluarkan oleh Pengarah
Imigresen Sarawak yang bertindak atas arahan setiausaha kerajaan negeri.

Azizah berkata hakim menetapkan bahawa Ketua Menteri bukanlah pihak yang harus dinamakan dalam permohonan itu dan tindakan seharusnya difail di Sarawak memandangkan Pengarah Imigresen Sarawak menetap di Sarawak.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Ambiga memohon untuk membatalkan notis larangan memasuki Sarawak bertarikh 15 April yang dikeluarkan oleh Pengarah Imigresen Sarawak.

Ambiga juga memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan para responden membenarkannya memasuki Sarawak, di samping memohon ganti rugi dan kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Ambiga dilarang memasuki negeri itu sepanjang tempoh kempen selama 10 hari bagi pilihan raya negeri Sarawak lepas, sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Kuching dari Kuala Lumpur pada 15 April.

- Bernama

1 ulasan:

  1. Penduduk Sarawak tak akan sokong Perhimpunan Bersih Haram tu. Adapun segelintir seperti mereka Belagakini dan bala2nya yang hidup dalam kecewa tu mungkin hahaha!!!

    BalasPadam

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...