Ke Asapkoyan2u

01 Ogos 2011

KLINIK KESIHATAN BELAGA BARU DIBUKA


Belaga-Klinik Lama Pekan Belaga Ditutup bermula hari ini 01.08.2011. Tahniah kepada kerajaan kerana terus perihatin dengan Masyarakat di Daerah Belaga. Dengan penutupan klinik lama, maka Bermulanya pembukaan Klinik baru yang lebih besar dan selesa untuk rakyat Belaga. Rakyat Belaga amat menghargai usaha-usaha kerajaan untuk terus melihat kepada pembangunan di Belaga dari segi semua penjuru.

Dengan beroperasinya Klinik Kesihatan baru Belaga ini, rakyat Belaga boleh menikmati satu lagi kemudahan kesihatan yang lebih baik. Rakyat Belaga mengharapkan agar sekurangnya seorang Doktor ditempatkan di Klinik baru ini untuk memudahkan penduduk Belaga mendapat perkhidmatan kesihatan dengan masa dan kos yang lebih jimat.

Sementara itu juga, pertambahan pegawai kesihatan di Belaga juga mungkin diperlukan dari masa ke semasa kerana pertambahan penduduk saban tahun. Semoga dengan usaha-usaha kerajaan ini, rakyat Belaga akan terus memberi sokongan dan mandat kepada kerajaan untuk terus memajukan daerah Belaga pada masa akan datang.

Sudah pasti pada PRU13 yang bakal menjelma tidak lama lagi, Rakyat Belaga akan terus menghargai usaha-usaha ini dan terjemahkannya sekali lagi dalam kertas undi seperti di PRN10 yang lepas.



Perlaksanaan segera rancangan-rancangan yang telah dijanjikan di Belaga perlulah disegerakan oleh pihak PELAKSANA. Pemimpin-pemimpin Belaga juga terus tabah memperjuangkan apa yang realistik bagi Belaga. Walaupun suara-suara sumbang dan kritikan dari pihak yang irihati sentiasa berkumandang, ianya tampak memberi semangat kepada pemimpin di Belaga.

Cabaran yang lebih besar kepada pemimpin adalah untuk merealisasikan kehendak Rakyat Belaga dan bukannya kritikan dan angan kosong dari pihak yang cemburu.

Sumber foto: Belawan Batu Laga

1 ulasan:

  1. Tahniah kerajaan BN!! inilah antara keprihatianan yang wajar berika kepada penduduk pedalaman Belaga.

    sudah pasti PKR amat memcemburui kejayaan ini. Orang beri kemudahan pun mereka kata tak bagus. haha..tengoklah orang seperti penulis belagakini(wing miku) tu. Hampeh betui!! pandai cakap saje. Satu benda pun takda dia bikin.

    BalasPadam

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...