Ke Asapkoyan2u

08 November 2011

JANGAN PANDANG RENDAH DENGAN PEDAFTARAN PENGUNDI BARU



Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi memberitahu masih terdapat ramai ahli parti komponen BN Sarawak yang belum berdaftar sebagai pengundi. Perkara inilah yang menjadi salah satu kelemahan BN Sarawak semasa PRN Sarawak Ke-10 April lepas.

Empat parti komponen BN negeri adalah PBB, SUPP, PRS dan SPDP.

Sebagai contoh, PBB yang mempunyai 258,633 ahli tetapi masalahnya, masih ramai yang belum mendaftar sebagai pengundi, iaitu seramai 63,628 orang. Walau bagaimanapun, dalam angka itu, tidak semua dapat mengundi kerana ada yang berumur kurang daripada 21 tahun. Untuk itu, bagi memastikan kelangsungan PBB, seharusnya 60 peratus sudah boleh didaftarkan sebagai pengundi.


Pada PRN Sarawak April lepas, kerusi DUN Batu Kawah telah menyaksikan peningkatan jumlah pengundi daripada jumlah pengundi seramai 3,800 yang dibawa dan didaftarkan oleh DAP. Ekoran daripada kelekaan kompenan BN di situ, SUPP dan PBB, akhirnya menyaksikan bekas penyandangnya, Tan Joo Phoi tewas kepada calon DAP, Christina Chiew dengan majoriti 543.

Bercakap mengenai pengundi baru, kompenan BN Sarawak ternyata masih jauh ketinggalan daripada DAP dan PKR. Hasil kajian mendapati, kedua-dua kompenan Pakatan Pembangkang telah melakukan pendaftaran pengundi baru hampir setiap minggu bermula selepas PRU 2008 hingga sekarang. Ini disebabkan matlamat dan impian mereka untuk memerintah dan mentadbir Malaysia.


Berbeza halnya dengan kompenan BN yang dilihat terlalu selesa hingga menyebabkan kaedah pendaftaran pengundi baru diabaikan. Malah boleh dikatakan kompenan BN hanya mengharapkan SPR bagi mendapatkan pengundi baru.

Dalam pada itu, kelemahan BN Sarawak terutama PBB ialah gagal dalam menjalankan pendaftaran pengundi baru. Sebelum ini ramai yang berpendapat mereka yang menjadi ahli parti secara automatiknya akan layak mengundi. Tetapi, hakikatnya mereka yang menjadi ahli parti perlu juga mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan nama mereka didaftarkan dalam senarai mengundi di SPR.

Sama ada ahli-ahli parti kompenan BN kurang cerdik atau malas, telah membuatkan ramai ahli parti tidak tersenarai sebagai pengundi baru. Demikian juga dengan keahlian parti yang dikatakan melalui sistem birokrasi dan lembab. Ada di antara mereka yang sebelum ini telah mendaftar sebagai ahli parti, namun setelah sekian lama mendaftar nama mereka dikatakan tercicir. Malah yang menjadi kekesalan, pekerja-pekerja parti ini tidak memberitahu sehingga menyebabkan mereka yang mendaftar sebagai ahli parti berasa kecewa dan mengambil keputusan untuk tidak mendaftar sebagai pengundi.

Perkara ini sudah lama berlaku, namun hanya dipejamkan mata oleh mereka yang selama ini terlibat dalam pendaftaran pengundi. Justeru, taktik dan inisiatif parti kompenan Pakatan Pembangkang dalam mendaftarkan pengundi baru sangat praktikal dan terpuji berbanding kompenan BN yang masih tidur lena diulit mimpi. Jika ini berterusan, lupakanlah hasrat hendak memenangi kerusi pada PRU-13.

sumber: wira kenyalang blog

1 ulasan:

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...