Sumber Balak |
Semakin gemersik bunyi alunan Sape PRU-13 kedengaran. Tidak ketinggalan dikalangan rakyat di Kawasan Hulu Rejang P.216 yang kira-kira didiami oleh lebih 20,000 pengundi berdaftar. Mereka inilah yang akan turun menentukan siapa yang berhak mendadbir Hulu Rejang untuk masa akan datang ini di Gelanggang PRU-13.
Melihat lebih dekat kawasan Hulu Rejang, kawasan ini merupakan salah satu kawasan utama kerajaan memperoleh pendapatan yang tinggi sejak berzaman. Keluasan hutan belantaranya yang kaya dengan kayu balak masih lagi diterokai dan masih menguntungkan negeri dan negara.
Empangan Bakun |
Ditambah dengan siapnya projek Mega iaitu Projek Empagan Bakun dan telah mula beroperasi tahun ini. Empangan Bakun ini dijangka akan memberi pulangan yang sangat tinggi kepada kerajaan pada masa akan datang.
Sementara itu Empangan Murum pula sudah 45% siap dalam pembinaannya. Empangan Bakun dan Murum ini akan menjadi nadi utama perlaksanaan Projek SCORE yang telah dirancang oleh kerajaan Negeri Sarawak. Projek SCORE pula dijangka melonjakkan pendapatan negeri ini dengan kehadiran pelabur-pelabur luar yang yakin dengan adanya sumber tenaga yang mencukupi ini.
7 Empangan di Kawasan Hulu Rejang |
Namun persoalannya???? Adakah kerajaan pimpinan Barisan Nasional dalam rancangannya telah merancang dengan rapi untuk terus kekalkan kelancaran projek-projek tersebut. Adakah kerajaan telah melihat kepada pengorbanan rakyat Hulu Rejang?
Pembangunan yang setimpal harus diberi kepada penduduk Hulu Rejang atas pengorbanan mereka kepada kerajaan. Pembangunan yang setimpal bermaksud kemudahan infrastruktur yang lengkap dan menyenang hati rakyat Hulu Rejang ini.
Tanpa melihat dan sensitif kepada keperluan-keperluan ini, mungkin boleh menyukarkan projek-projek kerajaan ini. Sudah pasti kerajaan telah menerima sedikit amaran oleh Rakyat Hulu Rejang di DUN Pelagus pada PRN-10 yang lepas apabila kawasan tersebut jatuh kepada Parti BEBAS.
Oleh itu, ingin kita menyeru kepada pihak kerajaan supaya lebih berkerja keras lagi dalam menawan hati lebih 20,000 pengundi penentu P.216 dengan memberi pembangunan yang lebih sempurna dan mencukupi kepada rakyat kawasan ini sesuai dengan pengorbanan mereka.
Kepada rakyat Hulu Rejang!! termasuk penduduk Asapkoyan dan Belaga...Hak terletak ditangan kita. Marilah kita terus bersatu dengan pemimpin kita untuk terus membangunkan bersama kawasan kita!!!
Peaceee Hulu Rejang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda