Ke Asapkoyan2u

02 Mac 2012

BAKUN: PELAN INDUK DIRANGKA!!?

BAKUN BELAGA : Satu pelan induk bakal dirangka bagi memajukan pelancongan tasik di sekitar kawasan empangan Bakun yang sudah mula beroperasi pada masa sekarang, jelas Menteri Pelancongan, Abang Johari.

Pelan induk berkenaan yang akan dirangka oleh Kerajaan Negeri melalui konsultan dilantik dijangka siap satu tahun dari sekarang. Pelan induk berkenaan turut mengemukakan saranan serta cadangan bagi membantu suku kaum Orang Ulu dari 15 buah rumah panjang di Skim Penempatan semula Bakun (BRS) Sungai Asap.

Bercakap mengenai Potensi di kawasan empangan dan Sungai Asap secara keseluruhannya, beliau berkata ada empat faktor utama yang membolehkan ianya berkembang maju ialah dikelilingi hutan huja tropika, kaya dengan khazanah biodiversiti, kebudayaan unik masyarakat setempat dan pembangunan yang mapan dan seimbang tanpa menjejaskan kualiti ekosistem sekeliling.

ak2u- tibalah masanya penduduk yang menerima kesan lansung daripada pembinaan projek Mega Empangan Bakun di beri perhatian penuh oleh kerajaan. Sesungguhnya penduduk asapkoyan telah membuat satu pengorbanan yang sangat besar dengan mengorban segala hak tanah nenek moyang serta cara hidup bagi membenarkan Empangan di Bina.

Pengorbanan ini dibuat demi melihat Negeri ini maju, disamping inigin turut mersakan kemajuan dari segi infrastruktur asas yang baik seperti dikawasan lain yang sudah maju. Oleh itu, penduduk Asapkoyan amat berharap agar didalam pelan induk yang akan dirangka ini memberi keutamaan kepada penduduk setempat.

Benarkah perkara ini akan berlaku?? Kita tidak sabar untuk menanti Pelan induk tersebut. Kita amat berharap agar kerajaan benar-benar menghargai pengorbanan penduduk disini dalam Pelan tersebut kelak. Tidaklah lagi generasi penduduk Belaga akan datang ini hanya menjadi penonton kepada kemajuan sekitar.

Sementara menunggu rancangan lengkap dilaksanakan, kita penduduk Belaga juga harus bersiap siaga dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kita dapat mengikut rentak pembangunan yang akan berada didepan mata kita. Mungkin kita juga perlu berusaha dengan sekerasnya untuk mempastikan rancangan yang dirangka berjaya, kerana kita sedar bahawa kejayaan itu tidak mungkin akan datang bergolek. Oleh yang demikian, kita sama-sama siapkan diri dan menjadi seorang yang lebih dinamik, kreatif, dan inovatif dengan keadaan sekeliling.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...