Ke Asapkoyan2u

24 April 2012

DAYAK DITINDAS!?: GARA-GARA PISANG SNG...

Pisang Idamanku
SARAWAK- Ribut taufan PRU 13 semakin kencang bertiup, kita percaya bahaya semua rakyat Malaysia telah merasai desirannya.

Tatkala YAB PM NAJIB  membuat perkiraan Matematik ke atas kerusi-kerusi Parlimen dengan harapan BN memenangi majoriti untuk terus menjadi Perintah kepada kerajaan Malaysia seterusnya.

Situasi yang sama dibuat oleh ketua Pakatan Pembangkang ANWAR IBRAHIM yang merasakan PR sangat hampir ke Putrajaya. Adakah hajat kali ini akan tercapai??? huhuhu....

Kita percaya bahawa mereka mempunyai strategi masing-masing untuk mencapai kejayaan dalam memenangi PRU 13 tidak lama lagi.

Di Semenanjung, Parti politik seperti UMNO/BN dan PR-(PKR,DAP,PAS) tidaklah begitu bingung untuk mengatur peluru bagi hadapi pilihan raya kerana hanya terdiri daripada sedikit parti sahaja.

Di Sabah, Sarawak- Parti Kompenen BN pula terdiri daripada beberapa gabungan parti politik dan ia sangat berbeda dengan situasi politik semenanjung.

SARAWAK- Situasi politik tiba-tiba agak sukar diramal apabila kemunculan sebuah parti politik baru diluluskan dalam masa yang amat hampir dengan Pilihan Raya.

Apakah ini strategi?? YA!! memang ini satu strategi.....KM Sarawak beranggapan bahawa ini adalah situasi biasa dalam politik. 

Parti SWP yang diterajui Datuk Sng dengan jelas menyatakan bahawa parti ini akan melawan parti PRS(BN) di semua kerusi parlimen pada PRU 13. 

Projek Pisang Sng Tergendala
Kelulusan ini agak mengejutkan PRS yang kini 100% di pimpin oleh DAYAK setelah Larry Sng di bersihkan dari parti itu pada PRN yang lepas.

Apakah agenda SWP diluluskan?? ini yang bermain di kepala otak Dayak. Kenapa 5 lagi permohonan termasuk PBDS Baru tidak diluluskan??? Perlukah ada lagi parti politik baru di Sarawak setelah banyak sangat parti komponen BN. Kenapa Parti Datuk Sng yang pernah mempunyai Rekod menipu rakyat Dayak dengan PROJEK PISANGnya di luluskan???
   
Datuk Sng
ATAU...ini memang strategi jelas untuk memecahkan POLITIK DAYAK SARAWAK. Setelah SPDP diambang kehancuran??? 

Mungkin ada benarnya persoalan di atas. Setelah PRS dibersihkan dan menjadi satu-satunya parti DAYAK. Maka sekarang TIADA cara lain untuk jatuhkan DAYAK ini selain menubuhkan SWP!!! huhu...tampak KOTOR YA!!! 

Nampaknya semakin jelas DAYAK akan ditindas dalam politik di SARAWAK. Sekian lama Dayak dipecah belahkan oleh strategi politik kotor. Namun apakah strategi ini akan berkesan dan jatuhkan GENERASI DAYAK BARU SARAWAK??

Semoga Dayak semakin sedar akan situasi mereka, hak-hak mereka dalam apajua di Sarawak, Malaysia. ATAU mungkin Dayak perlu berfikir semula dimana sepatutnya mereka berada!?

Siapa rakan POLITIK DAYAK yang benar boleh membantu Dayak untuk lebih bersatu dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain????  

KITA Percaya Dayak semakin sedar dan mungkin akan membuat PERHITUNGAN di kepala mereka. Bagaimana kalau situasi terjadi begini pula??
A. "UMNO+BN SARAWAK (PBB,SUPP,SPDP,PRS)= PUTRAJAYA" (Dayak tertindas)??
B. "PR+ PRS DAYAK= PUTRAJAYA" ( Dayak terbela)???

Sudah pasti Dayak akan pilih situasi B. Betul ker???

Ini hanyalah sekadar membuka fikiran Dayak. Semoga Dayak akan terus bersatu dalam apa jua situasi. Tak mungkin dayak akan berdiam selamanya.....

Semoga PM terus menerajui Malaysia dengan aman!!! Peace Malaysia....Semoga Perhitungan Kerusi Parlimennya juga menjadi kenyataan!! Good Luck!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...