Kenyataan
Naib Pengerusi DAP yang tidak menyokong perhimpunan Beersih 3.0 telah
menempelak keghairahan pemimpin-pemimpin pakatan haram PR.
Malah
hujah beliau mengenai ketidakyakinan beliau tentang suasana aman
tatkala berhimpun juga telah menempelak kenyataan PAS sebelum ini yang
menjamin bahawa perhimpunan itu akan berjalan dengan aman.
Tetapi
MiM percaya kenyataan Naib Pengerusi DAP itu akan ditolak bulat-bulat
oleh kepimpinan pakatan haram PR. Alasannya dijangka kenyataan Naib
Pengerusi DAP itu adalah kenyataan peribadi dan tidak mencerminkan
aspirasi parti!
Sila baca di bawah :
Naib Pengerusi DAP,
Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan tidak
menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada
Sabtu ini. .
"Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan
berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang
keselamatan mereka?
"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan
perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang," katanya.Ketika
ditemui pemberita di lobi Parlimen, Tunku Abdul Aziz menegaskan, BERSIH
3.0 tidak wajar diadakan di Dataran Merdeka kerana ia mengajak rakyat
melanggar undang-undang.Menurut Tengku Aziz lagi, keselamatan peserta
yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin.
Tambahnya,
penganjur perhimpunan seharusnya menerima pelawaan oleh pihak berkuasa
untuk mengadakan himpunan tersebut di tempat yang lebih selamat.
"Sebenarnya mereka nak protes. Kenapa perlu lakukan di sana? (Dataran Merdeka) sedangkan DBKL sudah tidak membenarkan.
"Nanti akhirnya yang akan dipersalahkan ialah pihak berkuasa. Ini tidak adil.
"Mesti
ada jalan lain tanpa melakukannya di jalanan... Ada saluran lain yang
boleh digunakan seperti di Parlimen. Tetapi jangan melanggar
undang-undang," tegasnya.
Sehubungan itu, Tunku Aziz berkata,
walaupun beliau merupakan sebahagian daripada pimpinan Pakatan Rakyat,
tetapi ia tidak menghalangnya untuk memberi pendapat peribadi.
Jelasnya, pendirian itu juga tiada kaitan dengan keputusan partinya.
"Walaupun
kita daripada parti tetapi tidak bermakna kita perlu rasa bersalah
dengan pendirian kita. Kadang kala kita sokong dan ada kalanya tidak,"
ujarnya. - MK.
SUMBER: MIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda