Ke Asapkoyan2u

07 April 2012

MALAYSIA ANTARA 51 NEGERA PALING GEMBIRA DI DUNIA!!!



Kejayaan Kerajaan BN mentadbir Malaysia hari ini di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak dan diiktiraf sebagai negara ke-51 ‘paling gembira’ di dunia berdasarkan kaji selidik terbaharu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kaji selidik itu terkandung dalam ‘Laporan Kebahagiaan Sedunia’ yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York berdasarkan maklum balas kaji seldik dari tahun 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara.

Laporan itu pasti tidak dibuat sembarono kerana dibuat berasaskan petunjuk dan indeks tertentu kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing.

Petunjuk lain yang lebih penting ialah kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan.

Kejayaan Malaysia menempatkan diri di kalangan negara-negara ‘selamat’ di dunia berbanding beberapa negara lain pastinya memberikan tekanan kepada Pakatan Pembangkang.


Melihat kepada cara dan pendekatan Pakatan Pembangkang berpolitik di Malaysia pastinya menjadikan Malaysia ini huru-hara. Lihat saja bagaimana Pakatan Pembangkang cuba menghuru-harakan Malaysia dengan mengadakan perhimpunan haram seperti BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, Himpunan 2,0 dan terbaru BERSIH 3.0.

Manakala dalam kajian tersebut negara Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut yang mencadangkan penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia walaupun kekayaan bukan faktor penentu mengukur tahap kebahagiaan.

Justeru, tindakan Malaysia mahu mencapai negara maju menjelang 2020 adalah berada di landasan yang betul. Bersesuaian dengan transformasi yang dibawa Najib dalam pentadbirannya dengan mengadakan pembaharuan sama ada dalam ekonomi, sosial dan politik. 


sumber: wirakenyalang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...