Ke Asapkoyan2u

25 Julai 2012

MASA DEPAN PENAN URUN BELAGA SEMAKIN KELABU

PENDUDUK PENAN URUN BELAGA di bayangi mimpi ngeri pada hari ini apabila melihat kepada masa depan mereka yang kian kelabu. Harapan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan semakin sukar dan semakin jauh dari realiti hidup mereka.

Apakah nasib PENDUDUK PENAN URUN pada 5 ke 10 Tahun akan datang? Apa yang jelas dan nyata kini hanyalah nasib semakin malang dan hidup bergantung seratus peratus dengan bantuan Kerajaan dan belas kasihan syarikat Perladangan Kelapa Sawit disekitar mereka.

Siapakah yang boleh menjawap dan boleh menjamin bahawa Penan Urun akan Maju dan keluar dari kemiskinanan dalam masa 5 ke 10 tahun ini? Sementara kita berfikir tentang nasib Penan di Urun dengan masa depan yang suram, mungkin elok juga kita selongkar kenapa keadaan mereka menjadi lebih buruk begini.

Apa yang sangat jelas dapat kita lihat sekarang adalah PENAN Urun  tiada lagi sekeping tanah sekalipun untuk mereka bercucuk tanam atau berburu. Kehidupan Penan yang sangat bergantung kepada hasil hutan kini hilang punca pencarian akibat daripada pembukaan Ladang Kelapa sawit sehingga tidak meninggalkan sekakang kera pun hutan untuk Penan.

Kini tiada lagi Hutan bagi mereka bergantung hidup. Penan kini hanya bergantung penuh kepada bantuan kerajaan untuk memberi mereka makanan atau keperluan harian. Apa yang sangat menyedihkan kini Penan menjadi kuli atau buruh sama seperti buruh asing di ladang-ladang sawit berdekatan di tanah sendiri. 

Harapan baru bagi Penan Urun apabila usaha wakil rakyat Belaga berjaya memohon kepada kerajaan bagi meluluskan RM900 ribu untuk pembinaan rumah panjang baru bagi penempatan semula Penan Urun. walaubgaimanapun, usaha ini nampak tidak memberi masa depan kepada anak-anak Penan disini selagi tiada punca pencarian utnuk menampung kehidupan Penan.

Kerajaan harus bertanggungjawap sepenuhnya dan mencari jalan yang lebih menjamin kepada kehidupan Penan Urun Belaga. Selagi keadaan ini tidak mendapat perhatian semakin punahlah harapan Penan untuk keluar daripada kemiskinan Tegar. Halatuju yang jelas untuk masa depan anak-anak penan harus diberi perhatian segera.

Jangan biarkan mereka hidup menumpang di bumi mereka sendiri!! Salam perjuangan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...