Ke Asapkoyan2u

11 Julai 2012

PEMBALAK HARAM BAKUN: BELUM ADA TINDAKAN !!

gambar borneopost
Semakin hari semakin berani Pembalak Haram yang berebut kawasan pulau-pulau dikawasan Takungan Empangan Bakun. Penduduk tempatan yang masih menetap di hulu sungai serta penduduk yang mencari rezeki di kawasan ini melaporkan semakin berasa takut.

Dilaporkan ada pembalak yang menggunakan khidmat samseng dan gangster untuk masuk membalak di kawasan ini. Perkara ini menyebabkan orang kampung tidak berani untuk melapor atau menghalang aktiviti rakus ini. Walaupun sudah beberapa kali artikel dikeluarkan oleh beberapa akhbar tempatan, sehingga hari ini belum nampak ada tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajip.

Namun yang sangat menyedihkan, dilaporkan terdapat beberapa dalang yang bersengkokol dengan pembalak-pembalak ini untuk membenarkan mereka masuk ke kawasan ini. Hanya kerana mendapat elaun RM500 sebulan mereka menggadai kawasan tanah kampung kepada pembalak.


Tarikan pelancongan: Borneopost


Mary hoped the locals would take advantage on what Bakun could offer, especially in ecotourism.

“The potential is there to be tapped. The people must seize the opportunity to benefit from this unique tourism asset,” she said.  (Abang Jo)

Kerajaan mewar-warkan bahawa Bakun menjadi salah satu destinasi Eko-pelancongan yang sangat berpotensi pada masa akan datang.
 
Semuanya akan tinggal kata-kata jika keadaan balak ini terus tidak dikawal. Pulau-pulau indah yang terbentuk disekitar akan tinggal gondol dikerjakan oleh pembalakan haram ini.
 
Boleh lihat lanjut artikel-artikel rancangan kerajaan yang akan tinggal rancangan jika keadaan ini berterusana;

1. Bakun islands to be tourism draw

2.  Bakun Dam to become a restricted area



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...