Ke Asapkoyan2u

10 Julai 2012

ISU TANAH MEROBEK SOKONGAN DAYAK & BUMIPUTERA KEPADA BN?!

gambar hiasan
TANAH OH TANAH!! "TANAH KAMI HIDUP KAMI"......Slogan ini amat pendek namun sangat berkesan bila disebut dan laungkan kepada penduduk Orang Asal, Bumiputera atau Dayak di Sarawak Borneo.

Sepanjang panjang pemerhatian AK2U sebagai seorang blogger dan seorang Orang Asal di Sarawak, isu ini semakin menjadi cancer atau penyakit yang mungkin sukar dibendung kepada Kerjaan Negeri Sarawak. Walaupun sudah pelbagai kaedah seperti Penyukatan Parameter terhadap NCR di perkenalkan, namun ianya tidak akan mengubati hati Orang Dayak kerana kawasan tanah merekalah yang paling besar di serahkan kepada Individu atau Syarikat2 Besar untuk pembalakan dan perladangan.


gambar hiasan
Sejak Pembalakan dan Pembukaan ladang mula meluas di Negeri ini lagi Dayak telahpun berjuang untuk pertahankan Tanah mereka daripada dicerobohi. Tanah yang selama ini menjadi tempat berburu serta bercucuk tanam rupa-rupanya bukan tanah mereka.Hanya tanah sekitar kampung dan tanah yang diusahakan sebelum tahun1958 sahaja adalah tanah NCR mereka.



Polisi Tanah Sarawak agak menyakiti hati Dayak Sarawak. Polisi Tanah Sarawak juga menjadikan Pemimpin Dayak Sarawak seolah diperkudakan.Contohnya TS Masing.... Nama dan jawatan sahaja yang Menteri Pembangunan Tanah, namun tiada apa-apa kuasa untuk meluluskan hak ke atas tanah.

  
gambar hiasan



Kesempatan ini telah dimanipulasi dan digunakan pihak Pembangkang untuk menyerang Kerajaan Negeri dan menambat hati rakyat Dayak Sarawak.

Hanya kerana ISU TANAH Pembangkang seolah menjadi hero kepada Orang Asal atau Dayak sedangkan dalam perkara lain Kerajaan mempunyai pencapaian dan rekod yang sangat baik dalam pentadbirannya.

Mungkin sampai masanya untuk Kerajaan memikirkan Kaedah yang lebih memberi menfaat dan pembangunan kepada Orang Asal. Pembangunan tanah harus diteruskan namun harus mempunyai kawalan dan melibat serta mengutamakan orang Asalnya. 

Walaupun dalam kertas dan polisi Tanah ini adalah kepunyaan Negeri, namun harus ingat Negeri ini ada Penduduk dan Rakyatnya yang telah mendiam kawasan tersebut ratusan tahun.

Jangan lagi kerana tanah sokongan Dayak kepada kerajaan semakin ROBEK!!! 

Salam Perjuangan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...