Ke Asapkoyan2u

10 Julai 2012

CERAMAH PAS: HALALKAN PEMIMPIN DIGULING DENGAN MATA PEDANG MEMBUAT BLOGGERNYA AMUK!?


Jangan lupa dalam sejarah Islam, 3 orang khulafa' ur-rashidin sahabat Rasulullah saw,  iaitu Khalifah Umar Al-Khattab r.a, Khalifah Uthman Al-Affan r.a dan Khalifah Ali Abi Talib r.a meninggal dunia di hujung mata pedang, baik di tangan Putera Raja Parsi yang termakan hasutan untuk mendapatkan kemewahan dan kuasa, atau hasutan pemfitnah di kalangan umat Islam sendiri ataupun akibat tafsiran hukum yang melampau puak khawarij. 


Umat Islam seharusnya mengambil iktibar dari sejarah ini demi maslahah Islam dan ummah. Namun apabila ada di kalangan orang agama yang menghalalkan penentangan terhadap pemerintah, menghalalkan mufarraqah dan perpecahan di kalangan ummah dan menghalalkan pemerintah digulingkan dengan mata pedang, maka sejarah akan menghukum umat Islam berulang kali. Bermula dengan hasutan untuk membenci pemerintah, diikuti dengan menghalalkan pemberontakan terang-terangan terhadap pemerintah dan seterusnya bibit kebencian yang ditanam melalui fitnah dan hasutan yang berterusan, akhirnya manusia-manusia yang terdidik dengan kebencian ini akan terdorong untuk menghalalkan darah pemerintah demi mendapatkan kuasa.
 
 
lihat lebih lanjut di;  http://tunfaisal.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...