ENGKILILI: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau
Badak memberitahu bahawa Parti Pekerja Sarawak (SWP) adalah bukan parti
mesra Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan nasib Dayak luar bandar
seperti mana dakwaan para pemimpin tertingginya sebelum ini.
Sebaliknya
SWP adalah parti balas dendam keluarga Datuk Sng Chee Hua kepada Parti
Rakyat Sarawak (PRS) apabila anaknya Larry Sng tidak dicalonkan
semula bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus pada
Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) April tahun lalu.
“Hasrat
SWP untuk bertanding di enam kerusi Parlimen milik PRS di negeri ini
adalah mudah difahami kerana balas dendam apabila anaknya Larry tidak
bertanding mempertahankan kerusi DUN Pelagus.
Cakap politik yang
mengatakan SWP parti mesra BN dan memperjuangkan nasib Dayak luar bandar
semata-mata untuk mengelirukan fikiran rakyat dengan harapan anda
(rakyat) akan memberi sokongan kepada parti mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Hari Keluarga Sekolah Kebangsaan Sedarat, Engkilili di sini, semalam.
Menyentuh
mengenai ceramah bekas Ahli Parlimen Lubok Antu Jawah Gerang di
beberapa rumah panjang setelah bersama SWP yang mempersoalkan tidak ada
pembangunan berlaku di Lubok Antu, tindakan Jawah itu diibaratkan
Nyalau sebagai menggigit apabila sudah tiada gigi.
Saudara Jawah
lima penggal menjadi wakil rakyat BN di Lubok Antu kenapa sepanjang
lebih dua puluh tahun itu dia (Jawah) tidak berusaha membangunkan Lubok
Antu? soal Nyalau.
Sepatutnya pada waktu itu Jawah bercakap
mengenai kerja membangunkan kawasan Lubok Antu tetapi kini sudah di luar
BN apa dia boleh lakukan.
“Sepatutnya dia (Jawah) membantu saya membela nasib rakyat di sini bukannya memesongkan fikiran rakyat di sini,” katanya.
Dalam majlis itu Nyalau berjanji akan membina pondok sukan untuk SK Sedarat.
Turut
hadir dalam majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili (ADUN)
Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, kakitangan kerajaan dan ketua-ketua
masyarakat sekitar Engkilili.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda