Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil 'Janji Demokrasi' ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji.
Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.
Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu '55 Tahun Janji DiTepati'.
Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka 'pasar malam' di hadapan rumahnya.
Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.
Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais. Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.
Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.
Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.
sumber: gelombangrakyat.blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda