Bendera
'Sang Saka Malaya' yang dikibarkan oleh sekumpulan penyokong
'Perhimpunan Janji Bersih' yang diadakan di Dataran Merdeka pada ambang
sambutan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia telah menarik perhatian
rakyat dan juga mencetuskan perasaan tidak senang.
Kibaran
bendera 'Sang Saka Malaya' pada tempoh hari merupakan manifestasi hasil
daripada pendapat pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP , M. Manoharan dan
juga aktivis Hishamuddin Rais yang merupakan bekas tahanan ISA .
M. Manoharan dalam akaun 'twitter' milik beliau telah menyatakan beberapa perkara dalam bahasa Inggeris iaitu ;
“Pakatan
will come out with a new flag. The current one is definitely out”.
“The flag must go, the PM must go, UMNO must go. CHANGE”. “We don't have
a world class flag. Americans are laughing. Please go to America with
our flag. Before that make sure the American embassy grants you a visa
to enter”
Hishamuddin Rais didalam blog yang ditulis beliau iaitu
Tukar Tiub turut mempersendakan bendera Malaysia dan lagu negara ku.
Selari dengan pendapat yang dilontarkan oleh M. Manoharan, Hishamuddin
Rais dalam tulisan beliau yang agak berkias cuba memberikan persepsi
kepada pembaca bahawa bendera Malaysia dan lagu kebangsaan yang ada
sekarang adalah tak relevan disamping cuba mengambarkan bahawa bendera
“Sang Saka Malaya” yang sepatutnya dikibar.
Walau bagaimanapun,
hujah untuk menolak bendera “Jalur Gemilang” dengan mengatakan ia
mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan bendera Amerika adalah
amat dangkal sekali kerana terdapat banyak bendera negara-negara dalam
dunia mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.
Malah sekiranya
“Jalur Gemilang” ditukar dengan “Sang Saka Malaya” ia juga mempunyai
ciri yang hampir sama dengan bendera Singapura dan Indonesia. Namun
propaganda yang dimainkan ini berjaya menarik perhatian golongan muda
kerana percaya dengan fakta sejarah yang dimanipulasikan oleh beberapa
pemikir yang agak ekstrim mungkin bagi terus menghilangkan jejak – jejak
kebangaan UMNO sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.
Golongan
muda yang bertanggung jawab mengibarkan “Sang Saka Malaya” semasa malam
kemerdekaan telah membuat beberapa penjelasan di dalam blog mengatakan
tujuan pengibaran “Sang Saka Malaya” pada malam merdeka adalah untuk
menyedarkan golongan muda tentang kewujudan bendera tanah air sebelum
jalur gemilang dikibarkan.
Mereka ini bercerita secara panjang
lebar mengenai sejarah Malaysia terutama perjuangan Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) dalam memerdekakan Tanah Melayu dan bendera “Sang
Saka Malaya” dikatakan menjadi panji perjuangan PKMM.
Walau
bagaimanapun setelah membuat rujukan, lambang “Malaya Merdeka” pertama
yang pernah ditunjukkan pada dunia ialah semasa Sidang Serantau Asia di
New Delhi , 1947 oleh wakil dari Malaya. Bendera itu berwarna merah
putih dengan 12 simbol bintang berwarna kuning, berbeza dengan bendera
“Sang Saka Malaya” yang dikibarkan.
Penafian yang dibuat
mengatakan kibaran “Sang Saka Malaya” bukan bertujuan untuk menghasut
rakyat bagi menukar “Jalur Gemilang” juga dipersoalkan kerana jelas
terdapat risalah-risalah yang diedarkan kepada orang ramai yang dengan
jelas memaparkan imej supaya “Jalur Gemilang” dibuang dan ditukar kepada
“Sang Saka Malaya” .
Di
bahagian bawah risalah itu dengan jelas terpapar logo ulangtahun
sambutan kemerdekaan yang direkabentuk oleh Pakatan Rakyat. Adakah
pengedaran risalah ini dilakukan tanpa merujuk terlebih dahulu pada atau
penganjur yang terlibat semasa perhimpunan “Janji Demokrasi” itu?
Penyebaran dilakukan secara terbuka dan agak mustahil penganjur atau
ahli jawatankuasa yang terlibat tidak menyedari tentang perkara ini.
Seperti
yang dijelaskan oleh individu bertanggung jawab mengenai niat
mengibarkan “Sang Saka Malaya” pada malam ulang tahun kemerdekaan negara
ke-55, kita sedar usaha-usaha pemimpin terdahulu dalam memerdekakan
negara tidak boleh dilupakan.
Namun kita juga harus tahu, antara
teras perjuangan PKMM dalam memerdekakan Malaya adalah dengan bergabung
dengan Indonesia melalui gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia. Bukankah
dengan penggabungan ini seolah-olah menjadikan Malaya masih dijajah ?
Adakah
pungutan suara telah dibuat kepada rakyat kedua-dua negara mengenai
persetujuan penggabungan seperti yang dilakukan terhadap Sabah dan
Sarawak semasa pembentukan Malaysia ? Oleh yang demikian perjuangan PKMM
yang bersifat agak radikal pada ketika itu mungkin tidak diterima oleh
orang Melayu . Sebaliknya, perjuangan UMNO pada ketika itu untuk
mendapatkan kemerdekaan negara dilihat lebih serasi dengan jiwa rakyat.
“Jalur
Gemilang” telah direkabentuk apabila Majlis Raja-Raja bersetuju untuk
membentuk satu jawatankuasa bagi menimbang dan membuat perakuan
berhubung dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Satu
pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada
tahun 1949 disertai oleh 373 karyawan. Tiga rekabentuk dipilih dan
pendapat umum diambilkira bagi pemilihan.
Keputusan yang
disiarkan oleh akhbar The Malay Mail pada ketika itu menunjukkan tuah
berpihak pada En. Mohammad bin Hamzah, seorang arkitek dari Johor.
Rekaan En. Mohammad bin Hamzah turut mendapat perkenan Majlis Raja-Raja
dan akhirnya diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Jelas
sekali “Jalur Gemilang” yang ada sekarang dipersetujui rakyat dan
pemerintah semasa negara ini berada dalam proses memperoleh kemerdekaan
daripada British . Boleh juga dikatakan “Jalur Gemilang” yang
direkabentuk oleh bumiputera Melayu dan juga diiktiraf Raja-Raja Melayu
menjadi pemacu semangat kepada penduduk semananjung Tanah Melayu bersatu
untuk menuntut kemerdekaan negara daripada British.
Ternyata
negara beroleh kemerdekaan hanya selepas 7 tahun “Jalur Gemilang”
diiktiraf sebagai bendera Persekutuan Tanah Melayu . Sebaliknya “Sang
Saka” hanya menjadi inspirasi parti PKMM dalam perjuangan mereka, tanpa
ada keterlibatan langsung samada dari rakyat atau Raja-Raja Melayu.
Perjuangan PKMM yang melawan arus tidak mendapat sokongan majoriti,
sedangkan penyatuan dan kesepakatan rakyat merupakan elemen yang penting
dalam mencapai kemerdekaan negara.
SUMBER: papagomo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda