Bajet yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib nampaknya cukup ampuh
sehingga menyebabkan PR terpaksa terus memperkatakannya semata-mata
untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan.PR juga harus terus
mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada
Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka.Secara amnya,jumlah
peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza.Yang
membezakan kedua-duanya ialah pertama,ruang lingkup atau skop golongan
rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan
dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan
rakyat secara umum.Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira
kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan
segera.Ketiganya,Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat
dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung
kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi
negara.Keempat,Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari
corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia
tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara,
malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka
sendiri.Antaranya,penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%,
pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.
Menurut laman Suara PR,alasan
ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif
tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100
hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah
negara.Malah,laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak
akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa 2 tahun,begitu
juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga
bukanlah penghapusan segera tetapi ‘tindakan segera (dalam masa 100
hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi
lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan
dengan tujuan menghapuskan tol’.Jawapan yang diberi oleh PR mengenai
percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka
sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.
Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka,PR
mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan
rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930
setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu
sebanyak RM70,penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan
pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200),elaun pengajaran khas
yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam
Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan
barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).saya percaya,bukan
semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya
berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan Dan saya
pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang
benar-benar bijak.Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN dan
bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500
sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan
mereka yang tinggal di bandar besar. Sedangkan majoriti rakyat berada
di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil. Oleh itu, bagaimanakah
nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini ???
Selain itu,penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa
banyak perbezaan. Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah
bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di
tangan kerajaan PR.Namun,katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan
semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk
sekejap cuma. Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol,
penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal
meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun
dari perlaksanaannya.Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN
bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan,sekali gus menjejaskan
peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat
kepada rakyat.Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti
pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah.
Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak
mustahil akan mengalami nasib yang sama.Manakala penghapusan duti eksais
kenderaan sebanyak 20% pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa
menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta
mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang.
Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat
termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini.Begitu juga
dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang
mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang
kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat.
Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah
bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka
panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka.
Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak
berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR
adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya.Oleh itu,segala-galanya difikir dan
dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat
dan negara.
sumber: badutrakyat.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda