Selesailah sudah pembentangan bajet yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan
rakyat Malaysia. Sama ada pembentangan bajet oleh Kerajaan yang
diketuai oleh Najib Abdul Razak, mahupun bajet alternatif yang diketuai
oleh orang yang berlagak pandai tetapi sekadar baca skrip macam yang dia
sendiri mengaku, Anwar Ibrahim.
Seronoknya, di media-media sosial, perbahasan tentang kedua-dua bajet tersebut sedang berlangsung dengan hebat. Bagaimanapun, tumpuan lebih diberikan kepada bajet oleh kerajaan memandangkan SEMUA ORANG TAHU, bajet Najib Abdul Razak adalah bajet yang ditepati, manakala bajet alternatif Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat pula adalah bajet syok sendiri dan asal boleh.
Dalam tempoh seminggu dua ini, bajet-bajet negeri pula akan dibentangkan. Yang pasti, kebelakangan ini, setiap pembentangan bajet akan diteliti dan diperhalusi dengan sebaik-baiknya, sama ada untuk dijadikan bahan bertekak mahupun bahan berhujah.
Sesuatu yang amat pasti ialah, bajet yang dibuat oleh Najib Abdul Razak kali ini merupakan sinambungan daripada bajet yang dibentangkan tahun lepas. Bajet 2012 telah berjaya dipenuhi dan ditepati. Manakala bajet alternatif Pakatan Rakyat pula, tergantung-gantung dan masih lagi menunggu jawapan, dari mana sebenarnya sumber kewangan yang akan Pakatan Rakyat perolehi sekiranya diberikan peluang menerajui kerajaan dan menguasai Putrajaya selain daripada memaksa agensi-agensi kerajaan seperti Petronas dan sebagainya menyerahkan keuntungan mereka untuk dijadikan perbelanjaan negara.
Kita tidak akan mengulas panjang apa yang akan diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional menerusi pembentangan bajet kali ini kerana sesuatu yang amat pasti ialah, janji-janji yang dibuat menerusi pembentangan bajet berkenaan, akan dipenuhi.
Berbanding bajet alternatif Pakatan Rakyat, bagi golongan yang memang berharap, goyangan kaki mereka akan membuatkan perut mereka penuh, pastinya akan berseronok sakan dengan bajet yang dibacakan oleh Anwar Ibrahim. Hidup berangan-angan merupakan antara ciri-ciri utama Pakatan Rakyat. Dan janji-janji yang ditaburi tanpa perlu dipenuhi merupakan rukun hidup para pemimpin Pakatan Rakyat.
Barangkali masih ramai yang belum dapat membuka mata dengan hakikat yang berlaku, sebaliknya masih seronok diulit mimpi-mimpi dan angan-angan yang disemai benihnya oleh orang yang kuat berangan-angan untuk jadi Perdana Menteri.
Dan sekali lagi cerita tentang DUIT KERAJAAN ADALAH DUIT RAKYAT, menjadi akidah yang dilantunkan oleh lidah-lidah golongan berkenaan.
Seronoknya nanti ialah, kita akan dapat melihat puak-puak inilah yang paling cepat beratur dan kelam-kabut mencari borang untuk diisi bagi mendapatkan JANJI YANG DITEPATI berbanding menanti-nanti JANJI YANG SEKADAR JANJI Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Kita tengok sajalah dan barangkali juga, kalaulah ada yang tergamak, bolehlah disukat dan diukur berapa inci sebenarnya ketebalan kulit muka mereka!!!

sumber: the flyingkick blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda