Ke Asapkoyan2u

05 Oktober 2012

TERKINI: PROJEK EMPANGAN MURUM AKAN TERBENGKALAI!!???


Tapak Murum

Bintulu- RUNDINGAN ketua-ketua Masyarakat Penan Murum bersama pihak kerajaan  dan Kontraktor sedang berlangsung di Bintulu hari ini.

Kerja-kerja pembinaan Projek Empangan Murum terhenti sejak seminggu lalu akibat daripada Blockade besar-besaran penduduk Penan Murum ke atas Projek itu. Bantahan ini terus berlarutan sehingga hari ini dan dijangka akan terus berpanjangan sehinggalah permintaan mereka didengar.

YB Liwan Berucap
YB Liwan Lagang (ADUN Belaga) telah diminta oleh semua Masyarakat  Penan hari ini untuk menyampaikan hasrat mereka hari ini untuk berunding dengan pihak atua agensi berkaitan. Oleh yang demikian pada pagi tadi berlangsung satu dialog tertutup diantara Semua Ketua Masyarakat Penan dan Wakil Rakyat YB Liwan serta wakil dari bebrapa agensi serta kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Projek Empangan Murum.
Wakil Masyarakat Penan Murum
Menurut laporan Penduduk Penan Murum tidak akan berganjak sehingga semua permintaan mereka dipenuhi oleh pihak bertanggungjawap. Disini timbul beberapa persoalan yang mungkin patut dijawap oleh pihak berkaitan.

1. Apakah permintaan Penduduk Penan yang belum dipenuhi???

2. Projek Empangan sudah 80% siap. Adakah projek tidak mengikut jadual?? Adakah permintaan Penan termasuk dalam jadual??

3. Dimana laporan dan aduan serta permohonan penduduk Penan?? Kalau ada kenapa tidak dijelaskan kepada mereka??

Macam2lah persoalan dikepala kita masing-masing. Walaubagaimanapun, AK2u dimaklumkan bahawa sebelum ini YB Liwan Lagang wakil rakyat Belaga telah membuat inisiatif sendiri untuk melihat segala permasalahan dan aduan Penan yang terlibat dalam projek Empangan Murum.  Buktinya dengan penubuhan Jawatankuasa Murum Penan Development Community (MPDC).

Melalui MPDC ini pelbagai masalah Penan telah dikemukakan oleh YB kepada pihak berkaitan. Adakah tindakan diambil??? Menurut sumber, Jawatankuasa ini tidak dapat melakukan kerja-kerja mereka kerana amat terhad dari segi sumber kewangan. 

Apapun kita tidak mahu menuding jari kepada mana pihak buat masa ini. Apa yang kita harap agar penyelesai segara ke atas masalah-masalah penan ini di ambil perhatian segera agar pembinaan Projek ini dapat dijalakan dengan selancarnya.

Apa yang agak pelik pada sidang dialog hari ini.......Ada beberapa muka orang yang pelik muncul di kalangan masyarkat Penan Murum. Nak dikatan Penan pun agak Janggal!!!! Belum pernah juga kita nampak Penan seperti ini....tengok gambar dibawah!!!
Penan Hitam

Kita tahu bahawa Bantahan Penan ini memang telah didorong oleh beberapa NGO yang suka mengambil kesempatan untuk mendapat wang dari Luar Negara. Menurut sumber NGO yang terlibat adalah BRIMAS dan SCANE dari Miri Sarawak. Mereka hanya pandai menangguk di air yang keruh. Bila keeadaan tidak terkawal...mereka lari dan lesap enta kemana.

Apa yang menyedihkan Penan Murum sedang berlapar dengan anak pinak dijalan Murum sebaliknya mereka NGO gelak ketawa makan di restoran mewah di Miri.

Hanya satu permintaan PENAN MURUM dalam sesi dialog hari ini!!!!!

"KAMI NAK JUMPA CM, KAMI TAK MAU BINCANG DENGAN ORANG LAIN!!!!!!"

Semoga permintaan mereka ini tercapai dalam masa terdekat!!!!
Ikuti kisah selanjutnya.....!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...