Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para
Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh
pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan
berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“,
di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk
pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi
0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa
proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar,
dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap
tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa
kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan,
saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa.
Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu.
Banyak
perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai
yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti
pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan
manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang
kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda