Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"
Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"
Kekejaman Rejim Kerajaan Pakatan PKR,PAS,DAP Selangor
"Kasi Pecah"
Pada
tahun 2007 sebuah kuil hindu di Padang Jawa, Shah Alam telah dirobohkan
selaras dengan perintah mahkamah. Ini kerana kuil pemilik tanah dimana
kuil itu dibina mahu memajukan kawasan berkenaan. Bukan sahaja kuil yang
dirobohkan, ia melibatkan rumah penduduk dan juga surau.
Kerajaan
negeri pimpinan BN ketika itu telah mengarahkan pemaju agar menyediakan
rumah ganti kepada penduduk yang rumah mereka dirobohkan. Begitu juga
dengan kuil yang tersebut. Bukan setakat diberi tapak sebagai ganti
untuk membina kuil baru, malah pihak kuil juga turut diberi pampasan RM
40’000. 00.
Pada
ketika itu PKR , PAS dan DAP masih lagi pembangkang di negeri Selangor.
Mereka bersama-sama HINDRAF telah mengeksploitasi kes perobohan kuil
itu semaksimum mungkin hingga mengundang perasaan marah orang-orang
india yang beragama hindu, dan seterusnya mereka bangkit dalam satu
perhimpunan besar di Kuala Lumpur pada pada 25.11.2007 hingga
mencetuskan rusuhan.
Tidak
berhenti di situ, PKR, PAS ,DAP dan HINDRAF terus mencanang kes
berkenaan hingga menjadi semakin kronik yang akhirnya kita semua dapat
menyaksikan hampir 100 peratus orang-orang india menolak BN dalam PRU
2008 hingga menyebabkan BN hilang tampuk kuasa di negeri Selangor.
Setelah
membentuk kerajaan pada Mac 2008 dan sebaik sahaja pentadbiran pimpinan
Khalid Ibrahim memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
mereka telah mengeluarkan arahan supaya sebarang kuil atau rumah ibadat
lain yang wujud sebelum 2008 agar tidak dirobohkan.
Bagaimanapun
itu hanya janji sewaktu mereka baru mendapat kuasa. Itu hanya janji
sebelum mereka nampak wang ringgit. Apabila sudah nampak wang ringgit,
segalanya boleh berubah.
LEBIH LANJUT..PAPAGOMO.COM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda