Ke Asapkoyan2u

25 Januari 2013

BETULKAH BLOGGER SPDP YANG NAK GULING TAIB MAHMUD!!??

Gambar Berhias
Hanya satu artikel yang bertajuk “Rancangan Khas Menumbangkan Taib” – EKSKLUSIF UTAMA yang disiarkan Sarawak Report membuatkan seluruh rakyat Sarawak mengelabah termasuk pemimpin BN Sarawak. Ramai di kalangan rakyat dan pemimpin serta wartawan akhbar tempatan mahupun nasional ‘terperanjat’ akan berita itu hingga menyebabkan selama 4 hari berturut-turut komen dan pandangan daripada rakyat serta pemimpin tertinggi BN dimuatkan dalam dalam pelbagai bentuk sudut. 
 
Ramai rakyat dan pemimpin BN menunding jari dan menyalahkan Sarawak Report berhubung kenyataan itu kononnya Awang Tengah cuba untuk menumbangkan Taib. Betapa hebatnya ‘blogger’ itu dalam memporakperandakan BN Sarawak hingga menyebabkan Awang Tengah terpaksa membuat kenyataan balas bagi menafikan kenyataan itu.
Begitupun, menurut Melanau Blogger bahawa penulis Sarawak Report itu tidak berhasrat untuk bertanding atau menjadi calon dalam PRU-13 sebaliknya tulisannya berkenaan artikel ‘panas’ itu adalah hasil ilham dan nukilan blogger SPDP yang sebelum ini banyak menimbulkan spekulasi berhubung pemimpin BN Sarawak termasuk Awang Tengah dan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.




Difahamkan artikel blogger SPDP itu bukanlah yang pertama kali atau kedua kali, bahkan sudah banyak kali. Malah, suatu ketika pernah mengeluarkan artikel yang mengatakan 9 orang Ahli Parlimen PBB akan ditukar kepada calon baru. Itu hanya persepsi, tetapi disebabkan blogger ini datangnya daripada SPDP dan UMB BN Sarawak, maka apa yang diperkatakannya itu benar. Apakah nama UMB BN Sarawak terlalu ‘halal’ untuk dikritik berbanding pemimpin BN Sarawak sendiri?
 
Memetik kata-kata orang dalaman BN sendiri, menganggotai UMB BN Sarawak ‘mudah’ untuk dapatkan dana dan wang bernilai jutaan ringgit walaupun hakikatnya tugasan itu tidaklah ‘semahal’ itu. Itulah agaknya nama UMB BN Sarawak mahal dan tidak boleh diusik.
Dan, kini blogger SPDP itu dipercayai menganggotai UMB BN Sarawak dan telah memperolehi ‘dana’ untuk menentang bloggers pembangkang dalam PRU-13. Apakah blogger SPDP ini akan membantu BN Sarawak untuk ‘menyerang’ pembangkang atau sebagai pengkhianat kepada BN yang telah membiayai mereka selama ini?
 
Nak tahu jawapannya cukup mudah. Layarilah blog blogger SPDP ini dan baca setiap artikelnya. Jangan ingat bila menulis dalam bahasa Inggeris, ramai orang Sarawak tidak faham. LOL. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...