Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar
berkata manifesto pilihan raya yang diumum pakatan pembangkang semalam
tidak realistik, umpama "tanam tebu di bibir mulut" (tanam tebu di tepi
bibir).
Ini kerana katanya sehingga sekarang pembangkang masih tidak
melaksanakan janji untuk memberi "bintang dan bulan" di negeri-negeri
yang mereka kuasai selepas pilihan raya umum lepas.
"Janji pembangkang dalam manifesto memberikan pendidikan percuma bermula
dari prasekolah sehingga menara gading jika menguasai Putarajaya tidak
realistik.
"Tak payah tunggu memberikan pendidikan percuma sekiranya menguasai
Putrajaya, buat dulu di negeri yang ditadbir mereka bagi membuktikan
kemampuan mereka seperti di Selangor.
"Saya lihat manifesto ini tidak lebih sekadar 'tanam tebu di bibir
mulut', manis mulut bercakap tapi hati lain, macam cakap tak serupa
bikin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam
anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, di Klang
malam tadi.
Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata banyak
janji yang dibuat kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat di
Selangor pada pilihan raya umum lepas tidak ditunaikan dan sekarang
rakyat mula bangkit menuntut hak mereka di mahkamah.
Manifesto bertema "Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat" yang
dibentang pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji untuk
menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas dan membatalkan
pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) jika mereka memenangi
pilihan raya umum ke-13(PRU13).
Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar
meminta rakyat negeri tersebut agar tidak terpedaya dengan janji manis
pembangkang dalam manifesto mereka yang beliau percaya tidak akan
ditunaikan selepas memerintah.
"Janji ini bukanlah janji baru tapi janji sama yang muncul setiap kali
menjelang pilihan raya umum," kata Abu Hassan yang juga Yang Dipertua
Mubarak Selangor.- Gelomboang Rakyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda