SARAWAK: Keamanan dan keharmonian serta hidup majmuk yang di Negeri ini harus dikekalkan. Sejak kemerdekaan hidup rakyat Sarawak diam dengan aman dan damai dengan hidup yang saling memahami budaya kaum masing-masing di negeri ini.
Namun semenjak dua menjak ini budaya berpolitik ganas dan ektrimis semakin menular di negeri ini atas pengaruh cara politik luar.
Politik Memfitnah, Menghasut, dan menimbulkan isu-isu sensitif yang tidak pernah timbul sebelum ini dibangkitkan oleh orang LUAR ini.
Dalam keadaan tidak sedar rakyat yang menjadi kaki barut kuasa luar ini di Sarawak seolah akan menggadai Negeri ini.
KENAPA RAKYAT PERLU TOLAK POLITIK GANAS DAN POLITIK JALANAN SEPERTI INI???
1. Politik Jalanan adalah budaya asing yang tidak memperdulikan hak rakyat untuk hidup dengan tenang dan selesa.
2. Agenda mereka hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu.
3. Kekecohan akan timbul dan boleh membawa kepada rusuhan.
4. Jelas di tolak oleh rakyat majoriti dan rakyat jelata negara ini.
5. Politik Ganas/Jalanan ini banyak membawa impak negatif berbanding Positif
6. Rakyat di jadikan perisai dalam perjuangan mereka
7. Industri pelancongan akan terjejas kerana nama baik negara tercalar.
8. Merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.
Negara mempunyai sistem demokrasi dan undang-undang yang perlu di patuhi demi kebaikan bersama. Kenapa perlu berpolitik Ganas seperti ini???
Jika tak suka pemerintahan kerajaan....tukar sahaja dengan mengundi semasa pilihan raya. Tidak perlu membuat kekecohan!!! Rakyat Malaysia pasti tidak suka dengan budaya ini.
PRU13 akan tiba- " MARI TOLAK KUMPULAN PENGACAU"
"JANGAN DIPERALATKAN OLEH MEREKA YANG MEMUSUHI NEGARA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda