Ke Asapkoyan2u

20 Februari 2013

RAKYAT BATANG LUPAR PERLUKAN KHIDMAT ROHANI KARIM!!!!

-KENYATAAN MEDIA OLEH YANG KONONNYA DIKELUARKAN OLEH PBB PEMUDA BETING MARO & KAUM BAPA PBB SEBUYAU ADA BERKEMUNGKINAN TIDAK MEWAKILI ENTITI-ENTITI TERSEBUT SEBALIKNYA LUAHAN HATI ATAU PENDAPAT INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU! MUNGKIN "PERMINTAAN MEREKA" TAK DAPAT DIPENUHI KOT?! KEKEKE!!!-

 
Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Hajah Rohani Karim menegaskan isu mengenai calon bagi pilihan raya akan datang untuk kawasan Parlimen Batang Lupar tidak harus dipersoalkan dan seharusnya dibiarkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Rohani berkata dengan nada kecewa, kenyataan media yang dibuat mereka yang mengakui mewakili PBB Pemuda Beting Maro dan PBB Kaum Bapa Sebuyau yang inginkan "orang lain" dan bukannya dirinya untuk menjadi calon Batang Lupar dalam PRU ke 13 sepatutnya tidak berlaku.

"Bagi saya, mereka harus menyuarakan hasrat dan pendapat mereka dengan cara yang sepatutnya, tetapi bukan melalui kenyataan media,"

"Ini kenyataan seumpamanya akan dapat merosakkan prestasi BN dalam kawasan Parlimen Batang Lupar," tegas Rohani.

Menurut Rohani juga, pada tempoh kritikal ini, di mana pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa, ahli-ahli BN perlu bersama-sama untuk memastikan kemenangan parti.
 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...