Baru-baru
ini ada beberapa suara pembangkang yang sumbang mengapa mempertikaikan
mengapa jenazah seorang lagi perwira perang Mendiang ASP (B) Wilfred
Gomez Malong yang meninggal dunia pada 2hb Februari tidak desemadikan di
Makam Pahlawan sepertimana Mendiang Datuk Temenggung Kanang anak
Langkau yang meninggal dunia pada 2hb Januari 2013 sebelum ini.
Pembangkang
mempertikaikan sedangkan Mendiang Gomez, 64, yang juga merupakan
penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) sepertimana Mendiang Datuk
Kanang dan seharusnya disemadi di Makam Pahlawan bukannya sebaliknya
disemadikan di Perkuburan Anglikan Kampung Entinggan.
Isu
mempergunakan Makam Pahlawan untuk tujuan politik bukanlah perkara
baharu kerana kumpulan yang menggelar diri mereka Movement Of Change
Sarawak (MOCS) juga pernah cuba mengheret tempat persemadian itu dalam
agenda politik mereka.
MOCS
merancang hendak meletakkan kalungan bunga di Makam Pahlawan Sarawak
dalam rancangan hendak membuat demonstrasi ala Arab Spring tidak lama
dahulu namun dikecam hebat oleh veteran-veteran Tentera Malaysia di
Sarawak.
Monday |
Tindakan
menyeret nama baik Pahlawan Pahlawan Negara dan memutar-belitkan fakta
demi populariti di peti undi bukanlah perkara baharu kerana motif utama
golongan ini ialah untuk menipu rakyat kononnya kerajaan mengabaikan
serta tidak menghargai jasa serta pengorbanan para perwira kemerdekaan
Malaysia.
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal veteran ATM Negeri Sarawak, Leftenan Kolonel Monday
Juhid menegaskan Makam Pahlawan Sarawak merupakan suatu inisiatif untuk
memberikan Perhormatan Negara kepada perwira-perwira tanahair berasal
dari Sarawak yang gugur tetapi disemadikan tanpa penghormatan sewajarnya
untuk Satria Negara.
Menjelaskan
usaha itu dipelopori oleh Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah yang berasa
sedih apabila mengetahui mengenai kubur seorang pengesan jejak berbangsa
Iban yang terbiar di tepi sebatang jalan raya di Alor Setar, Kedah,
Monday menambah, bermula dari titik itulah Robert Rizal telah menamakan
misi itu Ops Ngerapuh dan dalam bahasa Iban, perkataan Ngerapuh
bermaksud memindahkan jasad mereka yang meninggal dunia.
Beliau
berkata kesemua perajurit itu digali semula dari kubur asal di Alor
Setar, Kedah (satu); Batu Gajah, Perak (dua); Kamunting, Perak (empat);
Cheras, Kuala Lumpur (empat); Terendak, Melaka (lapan) dan Kranji,
Singapura (dua).
Mendiang
Lans Cpl Ungkok Jugam telah digali semula dari Perkuburan Kristian di
Alor Star, Kedah, Prebet Jaweng Jugah dan Prebet Unggat Ujom dari
perkuburan Batu Gajah, Ipoh, Perak, Prebet Utang Engan, Prebet Bulan
Kasau, Prebet Kelambu Gadong dan Prebet Rejab Bagi dari Perkuburan Jalan
Cheras, Kuala Lumpur, Prebet Ungap Utut, Prebet Nyambik Pasang, Prebet
Kumpang Tinggi dan Prebet Letan Kusing dari perkuburan Kristian Jalan
Kamunting, Taiping, Perak, Prebet Manit Cheling, Prebet Entap Tulu,
Prebet Nyantau Juna, Prebet Mat Akit, Prebet Adrian Tandang, Prebet
Empati Dugu dan Border Scout Utot Tangang dari perkubutan Tentera di
Terendak, Melaka sementara Prebet Janggak Inkoi and Prebet Dempi Berain
digali dari Perkuburan Tentera Keranji, Singapura.
Mendiang Datuk Kanang |
Mengulas
lanjut mengapa ada anggota selain kes Ops Ngerapuh, Monday berkata
Pahlawan Negara Datuk Kanang Anak Langkau dikebumikan di Makam Pahlawan
atas permintaan khas Kerajaan Persekutuan dan bukannya bermotifkan
politik atau layanan istimewa atas sebab kekeluargaan dan sebagainya.
Monday
berkata bekas Pegawai Waran 1 Batalion kelapan Renjer Diraja ini
merupakan satu-satunya anggota tentera Malaysia yang menjadi penerima
dua pingat keberanian iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan
Pingat Gagah Berani (PGB).
Bintang
Kehormat SP merupakan pingat paling tinggi kedudukannya dalam senarai
anugerah Persekutuan. Ia dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang
menunjukkan keberanian luar biasa, gagah beranis serta penuh
pengorbanan. Pingat ini dizahirkan pada 29 Jul 1960 dan diwartakan pada
11 Ogos 1960. Ia berbentuk Bulan Sabit serta diterapkan keatasnya
kata-kata "GAGAH PERKASA.
Semenjak
ia diwartakan, terdapat 26 individu yang menerima pingat tertinggi
negara ini. 13 daripadanya adalah dari PDRM (13), ATM (11), seorang
kakitangan penjara dan seorang lagi Pegawai Bank Bumiputera yang
terbunuh di Hong Kong.
Uniknya,
hanya Kanang seorang mempunyai kedua-dua pingat SP dan PGB yang masih
hidup selepas memerangi pengganas komunis di mana beliau hampir
kehilangan nyawa dalam salah satu pertempuran.
Mendiang Wilfred Gomez |
Kanang
juga memainkan peranan penting dalam usaha membawa balik sisa rangka 21
penjejak Iban, yang ditanam di beberapa tempat di semenanjung selepas
terkorban dalam perang menentang komunis pada 1960an, kembali ke Sarawak
di mana mereka dikebumikan semula di tanah perkuburan Pahlawan.
Monday
juga menegaskan pihaknya banyak menerima permohonan daripada veteran
serta anggota-anggota tentera yang pernah menerima pingat keberanian
untuk dikebumikan di Makam Pahlawan namun terpaksa ditolak.
Kami
menerangkan dengan baik kepada mereka mengapa Makam Pahlawan tidak
mampu menampung jasad pahlawan-pahlawan yang lain kerana tujuan asalnya
ialah memberikan penghormatan terakhir kepada perwira yang gugur dan
tidak menerima penghormatan sewajarnya.
"Kanang
pula suatu kes luarbiasa yang melibatkan satu-satunya penerima Pingat
SP dan PGB yang masih hidup yang berstatus Pahlawan Negara," terang
Monday.
Monday kesal pihak pembangkang sengaja memperbesar-besarkan isu Makam Pahlawan demi agenda politik sedangkan
ketika usaha untuk membawa balik tentera-tentera Sarawak yang gugur di
perbatasan dahulu kumpulan ini sunyi sepi dan tidak pernah menyumbangkan
sebarang tenaga.
Sumber: UnReportedNews Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda