Ke Asapkoyan2u

11 Februari 2013

TERGEMPAR DARI ASAPKOYAN: 30 BILIK MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TAHUN BARU CINA!!!

Blok K, Uma Kulit

SUNGAI ASAP KOYAN- Malam tadi satu Blok Rumah Panjang Uma/Lebu Kulit Sungai Asap Musnah dalam kebakaran.

Blok K terdiri daripada 30 buah pintu/bilik itu  ranap hanya dalam masa tidak lebih 15 minit dalam insiden terbabit.

Menurut saksi, kebakaran mungkin berpunca daripada lintar pintas yang bermula daripada bilik salah seorang penghuni rumah panjanng terbabit.

Insiden ini adalah kebakaran ke 7 selama lebih 10 tahun penduduk berpindah ke Sungai Asap yang melibatkan 5 buah buah kampung.

Risiko kebakaran di rumah-rumah panjang disini sangat tinggi kerana rumah panjang ini diperbuat daripada kayu-kayan dan sangat mudah untuk terbakar.

Kita berharap agar bantuan segera daripada semua pihak yang prihatin menghulurkan bantuan bagi meringgankan sedikit beban mangsa-mangsa yang telah tinggal sehelai sepinggang.

Asapkoyan2u turut berasa simpati dengan bencana yang tidak pernah dijangka sebegini. Kita mendokan mereka supaya terus tabah dan bersabar dalam menanti bantuan dan untuk membina semula rumah panjang mereka.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...