Ke Asapkoyan2u

28 Mac 2013

TERGEMPAR!!: BETULKAH AGEN UMNO YANG BUAT VIDEO SEKS TERBARU NURUL??!!

Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah, ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.
 
SUMBER: mediapermatangpauh blog.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ulasan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...