Uma Belor, Majlis pelancaran PKR ranting Asap oleh Bosnya MR.BB dan rakan-rakan jelas menunjukkan tahap sokongan rakyat Belaga kepada parti itu. Menurut SU PKR Hulu Rajang EN. Abun, pada mulanya mereka menjangkakan lebih 500 orang akan menghadiri majlis yang bersejarah itu. Nampaknya kedaan majlis begitu suram apabila kehadiran orang Belaga ke majlis tersebut tidak melebihi 50 orang.
Keadaan ini amat jelas menunjukkan bahawa orang Belaga belum lagi percaya akan ideologi Anwar yang cuba disebarkan. Orang Belaga sudah pandai menilai dan tahu siapa parti yang mampu menolong rakyat. Membantu rakyat bukan setakat dimulut dan berkata sahaja seperti yang di lakukan oleh mereka.
Walaubagaimanapun, pada majlis tersebut SU PKR Hulu Rejang Abun menyerahkan satu sampul yg didakwa ada 100 borang permohonan ahli dari orang Belaga. Tetapi yang hadir ke majlis tidak sampai 50 orang. Turut diumumkan En Kenneth Adan sebagai Ketua PKR Ranting Asap yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda