KEPARAHAN LUKA POLITIK PAKATAN RAKYAT di Belaga semakin berdarah. Apa tidaknya Pengerusi PKR Ranting Sungai Asap mengumumkan keluar lompat parti dan cuba menodai belas kasihan parti SNAP.
Perkara ini yang sedang asapkoyan2u dan penduduk Belaga sedang saksikan disini. Apa tidaknya...Kepimpinan PR pusat semacam tidak memberi selubang peluang dan ruang untuknya menawarkan diri sebagai calon PR pada pilihanraya akan datang. Walaupun sudah mengisi borang SNAP, tetapi permohonannya belum diluluskan kerana mungkin nak ditapis oleh DR. John Bampa bekas calon SNAP lepas??? apakah akan merajuk lagi??
Perselisihan dan perebutan kuasa ini amat menampakkan bahawa perjuangan mereka bukan untuk rakyat tetapi untuk kuasa tamak haloba. Perjuangan mereka hanya pada slogan dan kata indah sahaja.
SLOGAN "Tanah adalah kehidupan dan Kehidupan adalah Tanah" cuba ditawarkan untuk rakyat Belaga oleh PKR kerana kononnya mereka menjanjikan Tanah. Tetapi kenyataannya Mereka yang membawa slogan ini sendiri tidak pernah berusaha menjaga tanahnya di kampung. AWAS!!! sebenarnya mereka hendak seluk saku rakyat. Mereka kata bawa ke makamah...orang kampung terpaksa bayar mereka. Sedang pada hakikatnya perkara ini adalah percuma. Kalau tak ada kes sumber mereka tidak ada.
Fahamilah kerja mereka, ianya bukan perjuangan sebenar, sebaliknya mereka nak hasilkan periuk nasi dan lubang duit mereka. Jangan mudah terkeliru...AWAS!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda